Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Saturday, January 26, 2013

Bapa borek anak rintik

“Saya baru pertama kali datang main, tolonglah lepaskan saya," rayu seorang remaja
bila dia ditahan polis ketika asyik bermain mesin slot perjudian di sebuah rumah di Kampung Sungai Kayu Ara, malam tadi.

Remaja berumur 16 tahun yang mahu dikenali sebagai Beny, mendakwa dia selalu mengikut ayahnya berjudi di situ.

"Ini pertama kali saya datang sendiri. Pertaruhannya hanya 20 sen. Lagi pun tempat ini dekat dengan rumah," katanya.

Beny, yang dibuang sekolah tahun lalu kerana banyak kali ponteng, memberitahu dia berjudi dengan wang yang diberi oleh ibunya.

“Saya minta RM3 sahaja. Saya tipu emak kata hendak beli barang. Kalau menang boleh dapat banyak lagi,” katanya.

Menurut Beny, bapanya hampir setiap hari menghabiskan waktu di premis itu dan telah habiskan banyak wang untuk berjudi.
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis