Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Wednesday, January 23, 2013

Banjir Jakarta ragut 26 nyawa

 JAKARTA, Indonesia - Polis Indonesia menyatakan, banjir yang melanda Jakarta pada 15 Januari lalu sekurang-kurangnya telah meragut
26 nyawa dan menyebabkan lebih daripada 100,000 warganya terpaksa meninggalkan rumah masing-masing.
Jurucakap polis Jakarta, Kolonel Rikwanto semalam berkata, kebanyakan mangsa mati akibat renjatan elektrik atau lemas.
Kira-kira 103,000 orang kini tinggal di pusat-pusat penempatan sementara.
Banjir yang melanda sampai ke kemuncak pada Khamis lalu dan telah melumpuhkan Jakarta.
Air banjir dilaporkan meliputi kira-kira 30 peratus daripada bandar yang dihuni oleh 14 juta penduduk itu.
Banyak tempat perniagaan dan penempatan penduduk ditenggelami air.
Menteri Industri, M.S. Hidayat berkata, kejadian tersebut mungkin akan menyebabkan pelabur asing lari ke negara-negara jiran
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis