Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Monday, January 21, 2013

Askar wataniah maut rempuh lori di Jalan KL-Ipoh

 GOMBAK – Tindakan pemandu lori yang membuat pusingan U haram di Jalan KL-Ipoh menghala ke Rawang  awal pagi semalam membawa malang kepada seorang askar wataniah
apabila dia maut akibat merempuh kenderaan berat itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.45 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha 125z dikatakan dalam perjalanan menghala ke Selayang.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak berkata, ketika tiba di Kilometer 22.8, sebuah lori tiba-tiba berhenti untuk membuat pusingan U. Menurutnya, mangsa yang terkejut dipercayai tidak sempat mengelak kenderaan di depannya dan terlanggar bahagian belakang lori itu.

Rempuhan menyebabkan mangsa tercampak beberapa meter daripada motosikal ditungganginya. Mangsa, Muhammad Shahzani Abdul Mutalib, 21, yang masih bujang mengalami kecederaan teruk di bahagian dalaman maut serta-merta di tempat kejadian.

“Mayat mangsa yang beralamat di Bandar Baru Selayang itu dihantar ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat.

“Lori yang membuat pusingan U haram itu melarikan diri selepas kejadian dan masih belum membuat laporan polis. Kita dalam usaha mengenal pasti nombor pendaftaran kenderaan yang dirempuh mangsa itu,”
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis