Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Thursday, January 31, 2013

Anzalna fobia! takut ambil lesen memandu

SIAPA sangka aktres jelita yang kini giat mencipta nama dalam pentas lakonan tempatan, Anzalna Nasir sebenarnya masih lagi belum memiliki lesen memandu walaupun usianya kini telah mencecah 24 tahun
.Anzalna mengakui punca sehingga kini dirinya tidak memiliki lesen kerana fobia dan tidak yakin untuk memandu sendiri.
Maka tidak hairanlah Anzalna sering dilihat bersama kekasih, Mohd Hanif Mohd Zaki, 24, mahupun keluarga yang sentiasa menemaninya ke mana sahaja termasuklah ke lokasi penggambaran.
"Sebelum ini ketika berumur 22 tahun saya ada cuba belajar memandu, tetapi kerana tidak yakin, saya pernah melanggar rumah sendiri. Sejak daripada itulah keberanian saya untuk memandu semakin berkurangan.
"Mujurlah ada keluarga dan teman lelaki yang memahami situasi saya. Merekalah yang akan menemani ke mana jua saya pergi," katanya.
Walaupun begitu, Anzalna mengakui agak sukar baginya untuk menjalani aktiviti lakonan sehingga dia terpaksa membatasi kariernya sebagai seorang pelakon.
"Oleh kerana tidak ada lesen, saya terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan yang menjalankan penggambaran di luar Kuala lumpur.
"Oleh sebab itu, baru-baru ini saya mengambil keputusan berdaftar untuk mengambil kelas memandu untuk memudahkan segala urusan yang akan datang," jelasnya.
Berserah soal jodoh

Menyentuh mengenai hubungan cinta yang semakin mekar bersama jejaka pilihan hatinya itu, Anzalna mengatakan dirinya menyerahkan segalanya kepada Tuhan.
Biarpun tidak pernah berselindung dengan perihal cinta bersama kekasihnya kepada orang ramai, namun pelakon berbintang Capricon tidak begitu selesa sekiranya kisah percintaan mereka diperbesarkan.
"Kalau boleh, saya mahu orang mengenali saya dengan bakat lakonan bukannya kerana kisah percintaan mahupun  kontroversi kerana sebagai seorang pelakon, saya mahu kebolehan saya dihargai.
"Soal cinta dan jodoh pula saya serahkan kepada Tuhan. Lagipun ia terlalu peribadi untuk dikongsi bersama orang ramai. Cukuplah sekadar peminat tahu saya sudah memiliki kekasih
Sumber

1 comment:

  1. Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...



    Pengasas Blackberry hilang jawatan kerana para pelabur. Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) yang disandang bersama oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie kini terpaksa akur dengan tekanan dari para pelabur syarikat mereka untuk melepaskan jawatan mereka. Walaupun mereka berdua bersama sama adalah pengasas bersusah payah membangunkan syarikat ini pada awalnya tetapi mereka terpaksa melepaskan jawatan tersebut kepada Thorsten Heins. Keputusan itu sekali gus menamatkan perkongsian kepimpinan selama dua dekad oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie yang juga pengasas syarikat telekomunikasi itu selepas bergelut untuk bersaing dengan Apple dan Google.
    Baca selanjutnya...



    Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Teknologi Maklumat Terteruk: Terdapat beberapa individu yang disenaraikan oleh readwriteweb.com di antara ketua pegawai eksekutif(CEO) yang paling teruk bagi peneraju industri teknologi maklumat.Baca selanjutnya...



    Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...



    Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage.Baca selanjutnya...



    Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini. Baca selanjutnya...



    SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.Baca selanjutnya...



    Flashback trojan: Ancaman virus terbesar bagi pengguna Mac Apple. Serangan virus Flashback ini boleh dikatakan di antara ancaman virus platform Mac OS yang paling terbesar dalam sejarah tersebar sejak era virus disebarkan melalui disket. Boleh dikatakan insiden merupakan serangan yang paling ketara dalam sejarah ke atas pengguna Mac di mana sebelum ini amat jarang untuk diketahui sistem operasi tersebut mempunyai ancaman virus. Baca selanjutnya...

    ReplyDelete

ShareThis