Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Tuesday, January 29, 2013

Aktiviti ‘bunuh diri’ mat rempit




KUANTAN – Beberapa laluan yangjadi tumpuan mat rempit di sekitar bandar ini menerima kunjungan 'tetamu luar' yang menyaksikan aktiviti ‘membunuh diri’
segelintir pemandu dan penunggang hati kering, awal pagi semalam.

Hasil pemerhatian tetamu dari Unit Khas Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman itu mendapati, ada penunggang begitu ghairah beraksi ‘maut’ tanpa mempedulikan keselamatan diri dan pengguna jalan yang lain.

Susulan operasi khas unit itu, sembilan pesalah trafik termasuk remaja berusia 15 hingga 17 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan.

Operasi melibatkan 11 anggota unit khas itu bermula kira-kira jam 1 pagi hingga 4 pagi di Jalan Tanah Putih, hadapan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan Jalan Mahkota di hadapan Kompleks Teruntum di sini.

Jurucakap unit itu memaklumkan, operasi itu menggunakan pendekatan berbeza untuk mengesan pesalah trafik dan bukan lagi sekatan jalan seperti yang dilakukan sebelum ini.

Menurutnya, anggota yang terlibat ditempatkan di beberapa lokasi dikenal pasti untuk membuat pemantauan dan menahan pesalah yang didapati melakukan kesalahan termasuk menunggang secara bahaya dan sebagainya.

Beliau berkata, terdapat remaja bawah umur yang ditahan itu dikesan menunggang secara berbahaya termasuk melakukan aksi willy ketika menunggang di hadapan Kompleks Teruntum.

Menurutnya, kumpulan mat rempit dan pemandu kereta ini tidak gentar beraksi dan berlumba walaupun lokasi itu berhampiran Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Kuantan.

“Dua lokasi ini menjadi tumpuan kami memandangkan banyak aduan mendakwa laluan ini menjadi tumpuan kumpulan mat rempit dan pemandu kereta untuk berlumba pada malam minggu,
  sembilan orang termasuk pembonceng motosikal dan penumpang kereta dibawa ke Cawangan Trafik Kuantan untuk siasatan lanjut.
 empat penunggang motosikal dan seorang pemandu kereta disahkan positif dadah hasil uji air kencing.

“Lima motosikal dan dua kereta disita kerana diubahsuai pemilik tanpa mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Menurutnya, dua wanita yang ditahan juga akan didakwa kerana bersubahat melakukan kesalahan lalu lintas,
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis