Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Saturday, January 19, 2013

Ajal di Kilometer 65.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan,

 KUALA ABANG – Hasrat seorang juruteknik untuk pulang ke rumah selepas menamatkan waktu pejabat tidak kesampaian apabila dia menemui ajal
selepas terbabit dalam satu kemalangan dengan sebuah lori,  petang kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 4.45 petang itu dipercayai berlaku ketika Yahya Abu Bakar, 43, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Manir selepas menamatkan waktu pejabat di tempat kerjanya, di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin.

Sampai di Kilometer 65.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Proton Iswara dipandu mangsa dari arah Kuantan menuju ke Kuala Terengganu dipercayai hilang kawalan selepas melanggar batu kelikir yang tumpah dari lori lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung
sebuah lori yang mengandungi muatan perkakas elektrik dari arah Kuala Terengganu ke Dungun.

Mangsa yang tersepit dalam kenderaan remuk cedera parah sebelum meninggal serta-merta di tempat kejadian.

Jenazah arwah kemudiannya dituntut ahli keluarga untuk dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Manir, Kuala Terengganu.

Polis masih menyiasat nahas yang meragut nyawa juruteknik berkenaan.
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis