Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Tuesday, January 29, 2013

Adele Enggan Cakap Dengan Bapa..

Penyanyi Adele dilaporkan enggan bercakap dengan bapanya dan tidak membenarkan lelaki itu berjumpa dengan cucunya, Angelo James Konecki
yang dilahirkan pada 19 Oktober 2012.
Laman web showbizspy.com melaporkan, bapa Adele iaitu Mark Evans berkata kepada akhbar The Mail On Sunday, dia disingkirkan daripada kehidupan penyanyi lagu Skyfall itu selepas mengeluarkan kenyataan mengenai Adele berhubung anugerah Oscar.
“Saya sudah meninggalkan pesanan pada peti suara telefonnya, menghantar surat dan mengirimkan kad ucapan hari lahir serta kad Krismas tetapi semuanya tidak berbalas. Saya seperti sudah mati baginya.
“Saya tidak berminat pada status selebriti atau wangnya. Saya hanya mahukan anak saya semula dan menjadi datuk yang lebih bertanggungjawab kepada cucu saya.
“Saya mendapat tahu berita mengenai kelahiran cucu dan nama yang diberikan (kepada cucu) pun menerusi media sahaja
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis