Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Thursday, January 31, 2013

51 bayi , dua kembar bawa pulang kambing RM1

JOHOR BAHRU – Dua pasangan kembar antara 51 bayi yang lahir pada sambutan Maulidur Rasul pada 24 Januari lalu bertuah apabila dapat membawa pulang seekor kambing yang dijual pada harga RM1 sahaja.

Harga seekor kambing semurah itu ditawarkan oleh pengusaha ternakan kambing terkenal di negeri ini, Osman Goat Farm.
Ibu kepada salah seorang pasangan kembar itu, Sharifah Fatimah Syed Ali, 35, melahirkan rasa syukur kerana hasratnya untuk membuat akikah terlaksana dan ia menjadi lebih bermakna apabila dapat membeli seekor kambing dengan harga paling murah.
“Bayi kembar saya iaitu Marya Madhiha dan Mayra Mahdiyah sepatutnya dilahirkan lebih lewat daripada tarikh itu tapi Alhamdulillah lahir pada hari sambutan Maulidur Rasul, itu dinamakan rezeki anak,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan kambing di Osman Goat Farm, Kangkar, Tebrau

Sumber


No comments:

Post a Comment

ShareThis