Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, January 25, 2013

2 maut kereta dihempap pokok di Jalan Hutan Lipur Cherok Tok Kun

 BUKIT MERTAJAM - Hajat dua beranak berjoging di taman rekreasi Hutan Lipur Cherok Tok Kun seperti hari-hari sebelum ini tidak kesampaian
bila mereka maut dihempap sebatang pokok kelapa yang tiba-tiba tumbang menimpa kereta dinaiki di Jalan Hutan Lipur Cherok Tok Kun semalam.
Dalam kejadian pada pukul 6.30 pagi itu, mangsa, Tan Sai Lang, 70, dan anak perempuannya, Heng Lee Liew, 44, yang memandu kereta Proton Satria mati di tempat duduk masing-masing.
Dua beranak itu keluar dari rumah di Taman Permai Indah pada pukul 6 pagi dan jarak antara rumah mangsa dengan taman rekreasi tersebut ialah kira-kira 6.5 kilometer.
Tragedi itu berlaku hanya kira-kira satu kilometer dari taman rekreasi tersebut.
Mayat kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat selepas memotong bumbung kereta.
Anak lelaki bongsu mangsa, Heng Lih Hwang, 40, berkata, ibu dan kakaknya kerap keluar berjoging di taman rekreasi berkenaan jika ada kelapangan.
.Sumber

1 comment:

  1. Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


    Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya...



    Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...




    Pengasas Blackberry hilang jawatan kerana para pelabur. Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) yang disandang bersama oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie kini terpaksa akur dengan tekanan dari para pelabur syarikat mereka untuk melepaskan jawatan mereka. Walaupun mereka berdua bersama sama adalah pengasas bersusah payah membangunkan syarikat ini pada awalnya tetapi mereka terpaksa melepaskan jawatan tersebut kepada Thorsten Heins. Keputusan itu sekali gus menamatkan perkongsian kepimpinan selama dua dekad oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie yang juga pengasas syarikat telekomunikasi itu selepas bergelut untuk bersaing dengan Apple dan Google.
    Baca selanjutnya...

    ReplyDelete

ShareThis