Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, January 20, 2013

15 orang maut akibat banjir di Jakarta

 JAKARTA - Jumlah kematian akibat banjir di bandaraya ini meningkat kepada 15 orang selepas pasukan penyelamat menjumpai empat lagi mayat ketika air dilihat mulai surut
.Jurucakap polis Jakarta, Rikwanto memberitahu tiga mayat dijumpai kelmarin. Sementara satu lagi terperangkap sejak Khamis di satu kawasan parkir kereta dan ditemui pagi semalam.
Pada Jumaat, pasukan penyelam berjaya menyelamatkan dua orang lelaki yang terperangkap selama 24 jam di kawasan parkir bawah tanah sebuah bangunan dengan air mencecah ketinggian empat meter.
Pihak berkuasa meletakkan amaran banjir di tahap tertinggi pada Khamis. Namun, banjir di kebanyakan kawasan sudah surut dan hujan tidak lagi turun sejak petang Jumaat.
Banjir besar itu memaksa 18,000 orang berpindah dari rumah masing-masing, jelas jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho.
Ini merupakan banjir terburuk dialami Jakarta sejak tahun 2007 yang menyaksikan kira-kira 50 orang terbunuh dan lebih 300,000 orang terpaksa dipindahkan.
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis