Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, September 30, 2012

Maut dilanggar geng lumba

image

SABAK BERNAM - Seorang warga emas maut manakala cucu saudaranya parah setelah motosikal ditunggangi mereka bertembung sebuah motosikal…

Pelajar maut, rakan parah dalam kemalangan di Kilometer 17 Jalan Baru Bentong-Raub,

image (1)

BENTONG - Seorang pelajar tingkatan lima maut manakala rakannya parah dalam kemalangan di Kilometer 17 Jalan Baru Bentong-Raub, kira-kira jam 6.44 pagi semalam.

image (2)
kemalangan melibatkan motosikal jenis Honda EX5 yang dinaiki mangsa bersama rakannya ….

Murid tahun enam ditemui lemas di Lenggong

LENGGONG - Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ditemui lemas dalam keadaan tersangkut pada kayu di sungai berhampiran Kampung Luat, Lenggong,….

Thursday, September 27, 2012

Padah laju, pemandu maut kereta terbabas

image

SABAK BERNAM - Seorang pemandu yang dalam perjalanan menghala ke Sungai Besar maut setelah kereta dipandunya terbabas sebelum bertembung kenderaan dipandu pasangan suami isteri dari arah Sabak Bernam di Jalan Kampung Banting, BNO, jam 8 pagi, semalam.

Lelaki maut kereta terhumban ke dalam cerun

image (3)

KULAIJAYA – Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terhumban ke dalam cerun kira-kira empat meter sebelum ditemui orang ramai di Kilometer 2, Kulaijaya-Kota Tinggi,, kira-kira jam 7 pagi, semalam….

Tuesday, September 25, 2012

Tiga rumah hangus dalam kebakaran

image (18)

IPOH - Seorang warga emas cedera di lengan ketika cuba menyelamatkan diri dalam kebakaran membabitkan tiga rumah papan di Kampung Tebing Tinggi lewat …

Pengantin baru maut ditetak

image (17)

JOHOR BAHRU – Kegembiraan sepasang pengantin baru tidak berpanjangan apabila pengantin lelaki maut ditetak sekumpulan individu dalam kejadian serangan di sebuah kelab di sini, awal …

Saya hanya fikir rumah' - Mangsa kebakaran

image (16)

KEMAMAN – “Waktu api beralun di siling dan asap memenuhi ruang tamu rumah, saya berkejar ke tandas di bahagian dapur dan angkut air dengan baldi sebelum menyimbah air pada sofa yang marak…

Ajal 2 sahabat, hasrat rai hari jadi kawan tidak kesampaian

image (15)

SERDANG – Hasrat dua sahabat untuk meraikan sambutan hari lahir seorang rakan tidak kesampaian, apabila mereka maut selepas motosikal yang ditunggang terbabit dalam kemalangan, pagi kelmarin…

Difahamkan ketika kejadian, dua rakan karib berkenaan, Wan Muhammad Fahmie Wan Zamri, 17 dan rakannya Zulkil Haffizudin Mohamad, 17, dalam perjalanan dari rumahnya di Bukit Besi untuk ke Bandar Dungun, sebelum meneruskan perjalanan untuk bertemu seorang rakan di Mesra Mall, Kerteh.
Bagaimanapun, sampai di tempat kejadian di Kilometer 12, Jalan Dungun-Bukit Besi, penunggang, Wan Muhammad Fahmie yang bersama Zulkil, dikatakan telah membelok ke kanan dan masuk ke laluan bertentangan, sebelum bertembung dengan sebuah kereta Proton Saga BLM yang datang dari arah Bukit Besi.
Kejadian itu difahamkan berlaku hanya beberapa meter dari rumah nenek kepada salah seorang mangsa terlibat.
Akibat kemalangan itu, motosikal ditunggang mangsa rosak teruk menyebabkan dua sahabat yang berasal dari Bukit Besi itu cedera parah lalu dikejarkan ke Hospital Dungun.
Zulkil Hafizuddin meninggal dunia sebaik sampai di Hospital Dungun manakala Fahmie meninggal dunia jam 3.58 petang ketika menerima rawatan kecemasan di Unit Kecemasan Hospital Dungun.
Mayat kedua-dua remaja berkenaan dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat dan jenazah mereka dituntut ahli keluarga masing-masing untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Besi.
Arwah teruja, sanggup redah perjalanan jauh
MENCERITAKAN detik sebelum tragedi, rakan mangsa, Tuan Shahrul Hafizan Tuan Azmi, 15, berkata, pagi sebelum kejadian dia sempat menemui arwah Zulkil yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besi itu di rumah abangnya.
Shahrul berkata, ketika itu mangsa yang juga bekas atlit sekolahnya memberitahu, dia hendak ke pusat membeli belah Mesra Mall di Kerteh untuk meraikan sambutan hari lahir seorang bekas rakan perempuan sekolahnya.
Katanya, ketika itu arwah begitu beria-ia hendak meraikan hari jadi rakannya sehingga sanggup menunggang motosikal berpuluh kilometer untuk menemui rakan perempuannya itu.
“Walaupun hari ini (kelmarin) bukan hari jadinya, tapi dia kelihatan begitu gembira. Saya tak sangka kegembiraannya itu merupakan kali terakhir di kecapi sebelum dia menemui ajal dalam kemalangan itu

Sinar

Terkedu lihat rumah jadi abu

image (14)

DUNGUN – Seorang ibu kepada empat cahaya mata terkedu apabila melihat rumah yang didiami sejak beberapa tahun lalu hanya tinggal abu.

Pitam ketika tunggang motosikal

image (10)

MARAN - Seorang warga emas berusia 66 tahun di Pekan Sri Jaya, dekat sini, tinggal bersendirian di rumah selepas kematian isteri beberapa tahun lalu, sementara anak tunggalnya menetap di Johor Bahru….

Hilang kawalan, warga emas nyaris maut

image (9)

BANDARAYA MELAKA - Sepasang suami isteri warga emas nyaris maut apabila kereta jenis Honda City dinaiki mereka terbabas di Jalan Gajah Berang, pagi semalam…

Mayat disangka tempayan

image (8)

REMBAU – “Walaupun hari hampir gelap, saya nekad meninjau dari tingkap di bahagian dapur rumah jiran saya dengan bantuan lampu picit dan selepas itu, saya terkejut apabila ternampak sekujur kaki di atas lantai rumah…

Penunggang motosikal cedera

image (7)

LUKUT- Seorang lelaki cedera parah selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan di Lebuh Raya Port Dickson Seremban,…Kejadian berlaku sekitar jam 6 petang berhampiran susur keluar Lukut….

Monday, September 24, 2012

6 nyaris maut dalam kemalangan awal pagi


6 nyaris maut awal pagi 1

KOTA KINABALU: Enam orang termasuk seorang wanita nyaris maut apabila kenderaan mereka bertembung dengan sebuah lagi kereta di Jalan Foh Sang. Luyang awal pagi semalam…..

Banjir lumpur kali kedua

image (1)

KAJANG - Lebih 10 kediaman penduduk rosak selepas banjir lumpur melanda Taman Sungai Sekamat …

Kembalikan semula Perak Man

ne_10.1

LENGGONG - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan khususnya Jabatan Warisan Negara digesa mempertimbangkan hasrat kerajaan Perak mahu membawa pulang rangka sebenar manusia pertama di Asia Tenggara, Perak Man ke daerah ini…..

Pekerja didakwa bunuh penyelia

ne_06.1

KOTA BHARU - Seorang pekerja lombong bijih besi didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh penyelia lombong berkenaan yang juga rakan serumahnya dalam kejadian di Lubuk Stol, Pasir Mas tiga minggu lalu….

Sunday, September 23, 2012

Buruh panik maut jatuh bangunan

ne_06.1

MELAKA - Seorang buruh binaan dari Indonesia maut selepas terjatuh dari tingkat lima pangsapuri yang didiaminya di Ayer Keroh di sini ketika cuba mengelak serbuan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen dalam kejadian pada pukul 11.50 malam kelmarin……

17 terbunuh di Pakistan dalam protes ganas

du_01.1

ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya 17 maut dan 229 yang lain cedera dalam satu demonstrasi ganas di Pakistan pada Jumaat ketika protes dilihat terus tercetus di negara-negara Islam bagi membantah filem Innocence of Muslims serta karikatur terbitan majalah Charlie Hebdo di Perancis yang menghina Nabi Muhammad SAW…..

Seramai 12 orang maut di Karachi dan lima di Peshawar. Di Karachi, seorang anggota polis maut kerana ditembak ketika pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata kepada penunjuk perasaan supaya bersurai.

Setakat ini, seramai 19 orang mati di Pakistan dalam protes yang berlanjutan lebih seminggu. Sementara di Libya, protes ganas membunuh empat orang warga Amerika Syarikat termasuk dutanya, Chris Stevens.

Para penunjuk perasaan dikatakan tidak mengendahkan arahan pihak berkuasa supaya mengadakan demonstrasi aman pada hari yang diisytiharkan sebagai hari cuti kebangsaan bagi menghormati Nabi Muhammad SAW.

du_01.2

SEKUMPULAN sukarelawan dan seorang pegawai polis membantu membawa seorang penunjuk perasaan yang cedera parah ke hospital di Karachi, Pakistan kelmarin.


Saksi-saksi memberitahu, dianggarkan seramai 45,000 orang mengadakan tunjuk perasaan di seluruh Pakistan. Pihak polis bertindak balas dengan melepaskan tembakan dan gas pemedih mata ketika penunjuk perasaan membakar dan mencuri di pawagam, bank, kedai serta restoran-restoran di Karachi.

Penunjuk perasaan membaling batu serta menjerit "Orang Amerika ialah anjing" dan "Kawan Amerika ialah pengkhianat".

Washington memberi amaran kepada rakyatnya supaya tidak pergi ke Pakistan, selain membelanjakan AS$70,000 (RM213,430) untuk menyiarkan amaran tersebut di televisyen. - AFP

Kru filem Johnny Depp mati lemas

images (1)
LOS ANGELES - Seorang penyelam yang bertugas di set penggambaran filem Lone Ranger lakonan Johnny Depp mati lemas ketika membersihkan sebuah tangki, jelas pihak polis dan studio filem Walt Disney Co……

Lelaki parah diserang harimau di Zoo Bronx

du_03.1

NEW YORK - Seorang lelaki yang melompat dari sebuah monorel dan masuk ke dalam kawasan harimau di Zoo Bronx di sini cedera parah apabila diserang oleh haiwan buas tersebut…..

Tolong, saya diculik’

KUALA LUMPUR: “Tolong selamatkan saya, saya diculik,” itulah antara kandungan nota ditulis seorang lelaki berusia 30 tahun ketika dikurung sekumpulan empat lelaki di sebuah rumah di Batu 9, Cheras,…

Mati ditetak

images

ALOR GAJAH: Seorang pengawal keselamatan sebuah kilang mati mengerikan selepas diserang kumpulan lelaki dengan senjata tajam di Kawasan Perindustrian Kelemak, ……

Maut langgar forklift

iiiii

JOHOR BAHARU: Seorang penunggang motosikal maut selepas melanggar sebuah 'forklift' (jentera angkat susun) dalam kemalangan di Jalan Merbau 2, Bandar Putra, dekat Kulaijaya, malam tadi. …..

Budak jalanan terima hadiah RM400,000

jalan

THE HAGUE  - Keperitan hidup seorang remaja lelaki yang 13 tahun yang hidup gelandangan di Filipina tetapi pada masa sama dia turut sama membantu insan lain sepertinya telah diiktiraf di peringkat antarabangsa, kelmarin….

6 maut, 40 cedera letupan bom kereta di selatan Thai

image (3)

PATANI - Sekurang-kurangnya enam terkorban manakala lebih 40 orang cedera selepas seorang suspek melepaskan tembakan ke arah sebuah kedai emas di Sai Buri, wilayah Pattani di selatan Thailand. …

Tengkorak sah milik warga emas hilang 15 Sept

image (2)

PEKAN - Polis mengesahkan tengkorak dan beberapa bahagian anggota badan yang ditemui di kawasan belukar berhampiran Sungai Miang, petang kelmarin dan semalam, milik warga emas, Sh Othman Sh Bakar, 72, yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu…..

Cacing tanah 'berkahwin

image (1)

TAIWAN - Tujuh ‘cacing tanah bertuah’ dipilih melangsungkan ‘perkahwinan’ sebagai usaha membendung masalah hakisan tanah di selatan Taiwan.
….

Saturday, September 22, 2012

WWF lepas 80 ekor anak tuntung di Sungai Kampung Mangkuk

SETIU - Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia cawangan Terengganu dengan kerjasama Persatuan Wanita Setiu (Pewanis) hari ini melepaskan 80 ekor anak tuntung ke Sungai Kampung Mangkuk di sini, sebagai usaha pemuliharaan spesis haiwan sungai itu....

Mualaf dituduh rogol sepupu


Kes rogol
KUALA TERENGGANU - Seorang mualaf dihadapkan ke Mahkamah Majistret,  semalam atas dakwaan merogol sepupunya sebanyak dua kali, empat tahun lalu.....

Gadis api' diajak cabar jin

“Saya takut bila mendengar bisikan itu betul-betul di telinga kiri saya. ‘Benda’ itu mengajak saya berlawan menggunakan parang. Sebelum ini, ‘dia’ pernah mengugut untuk membakar lebih banyak barang dalam rumah tetapi tidak pernah pula mengajak saya berlawan.....

Pekerja KLIA maut kemalangan


PORT DICKSON - Seorang wanita terbunuh selepas van dinaiki bersama empat yang lain bertembung dengan sebuah lori tangki di Kilometer 21.9, Jalan Sepang-Port Dickson berhampiran ladang kelapa sawit dekat sini semalam.....

Remaja maut motosikal berlanggar kereta di Tawau

TAWAU - Seorang remaja terbunuh selepas motosikalnya berlanggar dengan sebuah kereta di Batu 24, Jalan Apas tengah hari tadi.....

Shila Amzah terima hadiah RM1 juta


KUALA LUMPUR – Penyanyi Nur Shahila Amir Amzah atau Shila Amzah (gambar) yang mengharumkan nama negara apabila berjaya memenangi pertandingan nyanyian peringkat antarabangsa Asian Wave 2012 di Shanghai, China, malam kelmarin dikatakan bakal menerima hadiah dana lebih RM1 juta....

[Video] Wanita bunuh diri di bawah Metro Train-Moscow


Di Moscow, Metro Station "Oktyabrskaya" Kaluzhsko-line seorang wanita membunuh dirinya di bawah kereta api. Wanita berkenaan berusia 46-tahun warganegara Perancis, seorang guru Perancis Marilen Boulanger.Wanita tersebut merngalami kecederaan dan dia meninggal dunia di hospital.
Sumber : duniavid.

Friday, September 21, 2012

Kereta melambung elak kucing

image (1)

SIMPANG AMPAT - Gara-gara mengelak seekor kucing, seorang pemandu parah selepas kereta dinaikinya terbalik dan merempuh pagar A Famosa Resort, di Jalan Kemus,, awal pagi semalam….

Thursday, September 20, 2012

Pemuda mati dibunuh selepas bertemu rakan

image

SEREMBAN – Seorang lelaki mungkin tidak menyangka panggilan telefon diterima daripada seorang rakan untuk bertemu di sebuah lokasi, adalah panggilan maut untuknya….

Kebakaran kilang petroleum Mexico, 26 maut

image

REYNOSA - Letupan yang disusuli kebakaran di kilang pemprosesan gas asli Pemex, utara Mexico berhampiran sempadan Amerika Syarikat (AS), kelmarin menyebabkan sekurang-kurangnya 26 pekerja terbunuh…..

Wednesday, September 19, 2012

Ibu mertua mati ditembak depan rumah,Peluru tembusi pipi,

pix_middle

SUNGAI PETANI: “Ketika berlari ke dalam rumah, saya melihat seorang lelaki mengangkat tangan ke arah ibu dan bapa mentua dalam gelap sebelum terdengar dua das tembakan dan mendapati ibu rebah di depan bapa mentua.”…

Tuesday, September 18, 2012

Mayat atas pokok

pix_middle (1)

PENAMPANG: “Saya ingatkan objek itu bangkai anjing atau kerbau yang sering terapung dan tersangkut di pokok di tebing sungai ketika memukat ikan di kawasan ini……

“Bagaimanapun, sangkaan saya meleset sebaik melihat ada rambut pada objek itu dan apabila diamati, ia mayat wanita dalam keadaan berbogel dan sudah busuk,” kata Samual Abota, 22.

Mayat wanita berusia 20-an itu ditemui tersangkut pada dahan pokok di Sungai Moyog, Kampung Kodundungan Jalan Terawih, di sini, jam 10 pagi.

Samual berkata, ketika kejadian, dia memasang pukat di kawasan berkenaan sebelum terlihat objek seperti bangkai haiwan di kawasan itu dan tidak menghiraukan pada awalnya.

Bagaimanapun, katanya, tiba-tiba timbul rasa ingin tahu dan apabila diamati, dia mendapati ada rambut pada objek itu dan apabila dihampiri, dia terkejut apabila mendapati ia mayat manusia.

“Terkejut dengan penemuan itu, saya bergegas ke rumah kira-kira 300 meter dari tempat kejadian bagi memaklumkan penemuan mayat berkenaan kepada penduduk sebelum mereka menghubungi polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Ratan Kumar Singh berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan. Setakat ini, katanya, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut, bagaimanapun polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian wanita itu.

“Saya meminta mereka yang kehilangan ahli keluarga tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, mayat wanita itu dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (QEH) untuk bedah siasat.

Metro

Lima rumah diserang kepala angin

image

KEMAMAN – “Saya lihat depan mata pusaran angin menerbangkan atap zink rumah, waktu itu saya sedang berbaring di atas katil bersama kakak dalam bilik tidur,” kata Nor Hamizah Husin, 21, yang terkejut melihat musibah diserang kepala angin yang mengakibatkan atap di lima buah rumah musnah, di Kampung Bukit Mentok, ……

Monday, September 17, 2012

Permintaan terakhir, mahu nama anak Ruhil Ayuni

image

AIR HITAM - “Kalau kita dapat anak perempuan kita letak nama Ruhil Ayuni. Sedap nama itu, dah nak sama macam nama abang, abang suka.” Itulah permintaan terakhir Rozaini Ghazali, 30, kepada isterinya Norhaslina Madon,…..

Lima maut kemalangan jalan raya di Sepanggar

KOTA KINABALU - Lima termasuk dua pasangan suami isteri maut dalam satu kemalangan jalan raya di Sepanggar, berdekatan bangunan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu malam tadi.
Kelima-lima mangsa dikenali sebagai Ramsin@Taminsin Pahang, 59, dan isterinya Siti Runi Tarawi, 55; Asan@Hassan Jimi, 55, dan isterinya Saimah Jamin, 51, serta Taripan Bintaman, 53…….

Friday, September 14, 2012

Rumah goyang ditiup angin

image (9)

PASIR PUTEH -  Nasib enam sekeluarga yang terpaksa hidup dalam keadaan daif di rumah peninggalan keluarga yang hampir roboh di Kampung Bukit Tanah dekat sini, masih belum terbela……..

Bengkel jentera berat nyaris hangus

image (8)

KUALA KRAI - Tindakan pantas pemilik sebuah bengkel jentera berat di Dataran Dusun Damar, Jalan Kuala Krai-Gua Musang, berjaya menyelamatkan premis itu daripada musnah terbakar…….

Dua penuntut UiTM maut, dua cedera kereta langgar pokok

image (7)

MACHANG -  Dua penuntut Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi MARA (UiTM) Machang, maut selepas kereta yang mereka naiki terbabas dan merempuh pokok dalam satu kemalangan di KM27.1 Jalan Kota Baharu-Kuala Krai, di Kampung Merbau Chondong,,,,,..

Kebakaran: Pemilik kedai rugi RM2 juta

image (5)

KUALA LUMPUR - Pengusaha sebuah kedai barangan logam yang sudah beroperasi sejak lebih 30 tahun, di sebuah rumah kedai, di Jalan Pahang terpaksa berputih mata bila kerugian kira-kira RM2 juta akibat kebakaran yang berlaku …….

RM10,000 bawah tilam hangus

image (4)

SEBERANG PRAI - Seorang pesara kecewa selepas wang tunai lebih RM10,000 yang disimpan di rumah untuk membiayai pengajian anaknya di sebuah universiti awam hangus dalam kebakaran…..

Warga emas maut langgar belakang basikal kanak-kanak

image (2)

ALOR GAJAH - Seorang warga emas sempat menanggalkan gigi palsunya sebelum dia meninggal dunia di tempat kejadian selepas terbabit kemalangan di Padang Sebang, di sini, petang kelmarin……

Warga Mynamar maut dilanggar lori muatan lembu

image

KOTA BHARU- Seorang lelaki warga Myanmar, maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori dari arah bertentangan, di jalan Kota Bharu-Kuala Krai,…..

ShareThis