Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, August 31, 2012

Bas rempuh kedai makan, 10 pelajar nyaris maut - di Kilometer 84.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan

image (1)

DUNGUN – Seramai 10 pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) yang sedang menikmati sarapan pagi ketika waktu rehat di sebuah kedai makan berdepan detik mencemaskan bila secara tiba-tiba dirempuh sebuah bas yang terbabas di persimpangan lampu isyarat, Kejadian kira-kira jam 11.25 pagi itu dipercayai berpunca bila bas ekspres dalam perjalanan dari arah Kemaman menuju ke Dungun  menghadapi masalah brek

image (2)
Sebaik tiba di Kilometer 84.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di……

persimpangan lampu isyarat, hadapan PSMZA itu,hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar sebuah kereta Honda Civic lalu merempuh sebuah Perodua Kembara yang berada di sebelah kiri.
Bas dinaiki 10 penumpang itu kemudiannya merempuh tiang konkrit sebuah kedai makan menyebabkan 10 pelajar PSMZA yang sedang bersarapan pagi di kaki lima hadapan kedai tersebut lari bertempiaran menyelamatkan diri.
Bagaimanapun empat dari pelajar tersebut,  cedera di beberapa bahagian badan  terkena serpihan kaca dan besi dalam usaha untuk menyelamatkan diri ketika dirempuh bas terbabit.
Pemandu kereta Honda Civic,  dan rakannya  berjaya menyelamatkan diri dengan keluar melalui pintu sebelah kiri dan kedua-duanya  cedera ringan.
10 penumpang bas tersebut  tidak mengalami sebarang kecederaan manakala pemandu bas cedera ringan.
mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.
Kereta Honda civic dan Perodua Kembara itu juga turut mengalami kerosakan selepas dihempap bumbung anjung kedai makan yang dirempuh bas ekspres berwarna kuning itu.

"Sumber : Sinar

Empat cedera dalam kemalangan di Jalan Cabang Tiga Kedai Buluh,

image

KOTA BHARU - Sepasang suami isteri cedera manakala cucu mereka terselamat bila kereta Perodua Viva yang dinaiki terbabit dalam kemalangan, di Jalan Cabang Tiga Kedai Buluh, Kejadian yang berlaku pada jam 6 petang itu turut mengakibatkan sepasang tunang mengalami kecederaan …

Monday, August 27, 2012

Kemalangandi lebuh raya Changlun-Kuala Perlis : Tidak sangka hilang anak

image (5)

ARAU – Seorang remaja maut di tempat kejadian bila motosikal yang ditunggang bersama rakannya dirempuh sebuah kereta dari arah Changlun-Kuala Perlis, tengah hari semalam…..

Friday, August 17, 2012

Pelukis pelan tak sempat bertunang

image (6)

Kemalangan yang meragut nyawa seorang pelukis pelan, Mohd Hazlailee Mahmad, 23 di Kilometer 374.5 Lebuh Raya Utara Selatan, dekat Slim River, menghala arah selatan, petang kelmarin, sekali gus menguburkan impian mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya pada hujung tahun ini.
Bakal tunangan mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Shila, 20-an, masih terkejut dengan kejadian itu…..

Monday, August 13, 2012

Deretan pokok hiasan punca kemalangan

image (3)

Taiping – Deretan pokok hiasan yang ditanam sebagai pagar bagi menutup kawasan loji di Taman Simpang Mulia, , menyumbang kepada berlakunya kemalangan kerana menghalang penglihatan pengguna jalanraya.
Seorang penduduk, Sanisrie Omar, 43, berkata, pokok itu ditanam betul-betul berhampiran persimpangan di taman berkenaan menyebabkan banyak kemalangan berlaku terutama melibatkan motosikal yang kerap dilanggar di simpang empat jalan keluar masuk………..

Thursday, August 2, 2012

15 minit mangsa rayu bantuan

image (2)

Seorang lelaki merayu hampir 15 minit meminta tolong membawa anak dan isteri yang parah ke klinik kesihatan selepas terbabit kemalangan.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam…..

Tolong jaga anak saya baik-baik', pesan Siti sebelum maut bersama suami

image

Tolong jaga anak saya baik-baik,” itulah pesanan terakhir Allahyarham Siti Noor Edayu Roslan, 26, kepada penjaga anaknya sebelum dia bersama suaminya, Mohd Hafeeze Mohd Hanafi, 30, maut dalam kemalangan…..

image (1)

di Jalan 15/56 AU3, Keramat, pagi semalam.
Bapa Allahyarham Siti Noor Edayu, tidak menyangka itu adalah kata-kata terakhir anaknya setelah dimaklumkan oleh penjaga cucunya……..

Suami, isteri hamil maut dirempuh bas sekolah

0000000-vios-terbang-1_thumb[2]

Sepasang suami isteri, yang menanti kelahiran cahaya mata kedua maut selepas dirempuh sebuah bas sekolah dalam satu kemalangan di Jalan 15/56 AU 3, Keramat kira-kira 7 pagi…….

Wednesday, August 1, 2012

Rentung di lebuh raya

image (8)

NILAI – Seorang pemandu lori hadapi saat mencemaskan apabila kenderaan dipandunya terbakar di Kilometer 281 Lebuh Raya Utara - Selatan ,
Dalam kejadian kira-kira 7.50 pagi itu, Ranjit Singh, 28, dan kelindannya, S Logiswaran, 25, dalam perjalanan dari Kapar, Selangor ke kawasan perindustrian Senawang untuk menghantar muatan kotak dan kertas……

Kereta terbabas langgar pembahagi jalan

 image (4)

Panik terserempak dengan pihak berkuasa yang mengadakan sekatan jalan raya di Jalan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini, kelmarin, kereta dinaiki seorang penganggur terbabas hingga melanggar pembahagi jalan…..

ShareThis