Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Thursday, May 31, 2012

Kemalangan di Kuala Lipis,Kereta masuk longkang

Kenderaan terbabas masuk longkang

Seorang pemuda nyaris maut bila kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas sebelum terbalik dalam satu kemalangan berhampiran Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Lipis, kira-kira jam 8.30 pagi masa dia sedang memandu berseorangan dari arah Padang Tengku menujuke Kuala Lipis.ketika  hujan renyai-renyai.

Bila sampai di tempat kejadian, keretanya hilang kawalan akibat jalan licin dan terbabas ke kanan jalan lalu berpusing dan terbalik ke dalam longkang.
kenderaannya rosak teruk namun dia tidak mengalami kecederaan.

Sumber : Sinar harian

Kemalangan di KM231.6 Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)

KEMALANGAN...Anggota Bomba dan Penyelamat memadamkan api yang marak akibat kejadian kemalangan membabitkan sebuah treler yang membawa muatan kepala lori dan sebuah kereta di KM231.6 Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala utara berhampiran Plaza Tol Pedas

Sumber : mStar

Kemalangan Maut di Merapoh Kuala lipis

Guru lelaki maut dalam nahas

Seorang guru bersama ahli keluarganya yang sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Kota Bharu maut bila kereta yang dipandu anaknya hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan.lalu memasuki laluan bertentangan., dan dalam masa sama, sebuah lori muatan tilam yang dipandu seorang lelaki bersama seorang kelindan yang datang dari arah Kota Bharu menuju ke Kuala Lumpur tidak sempat mengelak lalu bertembung. menyebabkan mangsa .yang duduk di sebelah pemandu tersepit di tempat duduk.maut serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan dalaman.

Isteri mangsa,yang duduk di bahagian belakang kereta patah tangan kiri.,seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru, Kampung Kota Bharu, Kelantan bersama dua adiknya, hanya cedera ringan.

kejadian berlaku  kilometer 22 jalan Lipis Merapoh berhampiran Ladang Selborne jam 2.20 petang kelmarin

Sumber : Sinar harian

Pencuri besi kena sawan babi

Keadaan salah seorang suspek yang dipercayai diserang sawan babi sambil diperhatikan rakannya.

DI Ipoh niat dua orang rakan yang sering bergiat aktif dalam aktiviti mencuri dan memotong besi terbantut bila salah seorang darinya diserang sawan babi ketika sedang asyik memotong dan mencuri besi dari sebuah rumah untuk dijual sebagai besi buruk ,kejadian itu juga menyebabkan mereka terjatuh dari motor dan terbabas ditepi jalan.di Taman Bercham Baru,.
Sumber : Sinar harian

Tujuh kerbau penarik lesap

Tujuh kerbau penarik lesap

Sebanyak tujuh kerbau penarik dianggarkan bernilai RM28,000 dipercayai hilang pagi kelmarin di Ladang Endau Rompin dipercayai dilarikan pihak tidak bertanggungjawab.

Tujuh kerbau penarik lesap

Kehilangan kerbau itu disedari jam 7 pagi oleh beberapa pekerja warga asing yang menjaga haiwan itu selepas mendapati kerbau yang ditambat pada pokok sawit di dalam kawasan ladang itu tiada di tempat asalnya

Tujuh kerbau penarik lesap

Terdapat kesan tapak kaki haiwan itu di dalam Parit Ladang 17 kawasan yang kemudiannya dipercayai ditarik keluar menyeberangi parit sebelum kesemua kerbau itu dibawa menaiki lori yang sedia menanti di kawasan luar ladang.

Sumber : Sinar harian

Anak maut main air,Lembik disambar karan

BERTAKUNG...Md Afizi menunjukkan tempat mangsa ditemui.

 Mariam Najwa, murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Rambai yang meninggal dunia  terkena renjatan elektrik ketika bermain dalam takungan air berhampiran tiang elektrik kira-kira 20 meter di depan rumahnya bersama adiknya, di tempat air bertakung ..,insiden malang itu menyebabkan ia terbaring dalam air.dengan air liur meleleh,.di Kampung Gedung Lalang, Bukit Rambai

Sumber : metro

..

Wednesday, May 30, 2012

Kemalangan Maut di Sungai Petani,Pengarah IKM parah, anak maut

Hasrat empat sekeluarga untuk pulang ke kampung sempena cuti sekolah berkecai bila salah seorang dari mereka maut , dua lagi cedera parah dalam kemalangan di Kilometer 90.8, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat susur keluar Sungai Lalang .Kejadian pukul 6.10 pagi mengakibatkan Mukhrizah Marzuki, 3, maut, dan bapanya, Marzuki Mahamad Radzi, 36,  Pengarah Institut Kemahiran Mara (IKM) Beseri, Perlis,kakak Mukhrizah, Muslihah, 6,,parah dan seorang lagi, Muzafirah, 9, cedera ringan.bila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Odyssey dipandu Marzuki gagal dikawal lalu merempuh belakang sebuah treler membawa balak sebelum dilanggar sebuah lagi kenderaan lain dari belakang

Sumber : kosmo

Technorati Tags: Marzuki Mahamad Radzi,Kemalangan Maut di Sungai Petani,kemalangan di Kilometer 90.8,Lebuh Raya Utara-Selatan,kemalangan di susur keluar Sungai Lalang,kemalangan Pengarah Institut Kemahiran Mara (IKM) Beseri,Perlis,

Kemalangan Maut di Miri,Empat maut nahas ngeri

Empat lelaki termasuk tiga beradik maut dalam kemalangan ngeri melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Viva dan sebuah lori tangki di Kampung Agus, Bekenu Dalam kejadian pada pukul 1 petang itu, Sarbini Senen, 25, Mohamad Syafik, 17, serta seorang rakan, Nazri Sanawi, 18, maut di tempat kejadian.Seorang lagi mangsa, Mohd. Ikmal Alif, 9, maut ketika dalam perjalanan ke klinik berdekatan. dalam kejadian  kereta yang dipandu Sarbini dalam perjalanan dari Miri ke arah Bintulu.Setibanya di tempat kejadian,Perodua Viva tersebut masuk ke laluan bertentangan.Sebuah lori tangki yang datang dari depan gagal mengelak lalu merempuh kereta mangsa

Sumber : kosmo

Technorati Tags: Kemalangan Maut di Miri,Empat maut nahas ngeri,kemalangan ngeri di miri

Lelaki hilang mati dibunuh


KUALA LUMPUR - Keresahan seorang anak memikirkan bapanya yang tidak pulang-pulang sejak keluar rumah  tiba ke kemuncaknya bila mendapati bapanya mati dibunuh dengan mayatnya dicampak ke dalam ladang kelapa sawit ,keluarganya hanya mengetahui selepas  dihubungi polis bagi mengenal pasti mayat seorang lelaki yang  ditemui tanpa sebarang dokumen pengenalan diri,dengan tiga tikaman di dada,dan terdapat kesan pergelutan di kedua belah tangan dan jerutan di leher
Sumber : kosmo


Technorati Tags: ,,

Kemalangan Maut di Lebuhraya Utara Selatan arah Kuala Lumpur,Maut selepas beri duit raya

Maut selepas beri duit raya

Perasaan hairan seorang isteri pada anggota polis  bantuan terhadap tindakan suaminya memberikan wang RM400 untuk belanja keperluan hari raya untuk  tiga anak sedangkan puasa lambat lagi,juga minta dia dan tiga anak yang masih kecil datang ke Kuala Lumpur untuk menemaninya beli pakaian hari raya sebab dia kurang sihat jadi, takut tak sempat sedangkan ,kebiasaannya mereka akan membeli keperluan dan kelengkapan hari raya  pada bulan puasa .rupa-rupanya petanda suaminya  akan pergi buat selama-lamanya. bila suaminya terlibat dalam kemalangan maut  di Kilometer 432.3 Lebuhraya Utara Selatan arah Kuala Lumpur kira-kira tiga kilometer selepas susur keluar Plaza Tol Bukit Beruntung membabitkan dua lori dan motosikal ditunggang suaminya maut kerana gagal mengelak lori yang terbabit kemalangan di laluan tersebut .

Awalnya terdapat kemalangan antara sebuah lori membawa papan di lokasi kejadian menyebabkan muatannya terbalik dan bertaburan di tengah lebuh raya.
,sebuah treler yang mengekori dari belakang pula merempuh lori muatan kayu terbabit.“Pada masa sama, suaminya tiba dengan  motosikal berkuasa tinggi di laluan itu tidak sempat mengelak lalu merempuh lori terbabit menyebabkan ia maut di tempat kejadian

Sumber : Sinar harian

 

.

Tuesday, May 29, 2012

Diratah anjing dalam parit ,Anjing lahap baham mayat

DI SINI...Amanshah (tiga dari kanan) menunjukkan tempat abangnya, Mahadi ditemui mati.

Amanshah hanya mampu meraung  bila melihat jenazah abangnya ,terbujur kaku dalam parit diratah  tiga ekor anjing liar,.. dengan lahapnya anjing liar membaham kakinya abang nya  hingga isi paha kanan habis dimakan,,sungguh memilukan ….kejadian ini berlaku di Batu 54, Jalan Machap-Johor Bahru .

Lahap baham mayat

Sumber : metro

Monday, May 28, 2012

Kemalangan Maut di Balik Pulau , brek punca kemalangan bas jemaah tabligh

GEORGE TOWN: Polis percaya kegagalan sistem brek menjadi punca bas yang membawa 44 jemaah tabligh warga Myanmar terbabas dan terjatuh ke dalam gaung di Jalan Tun Sardon, Jumaat lepas.rumusan awal berdasarkan kesan brek sepanjang tujuh meter di atas jalan raya di tempat kejadian. siasatan lanjut masih dijalankan dan laporan lengkap siasatan berhubung kejadian itu dijangka siap minggu ini..

bas berkenaan telah dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) Dalam kejadian...jam 8.30 malam itu, bas tersebut sedang membawa kumpulan jemaah berkenaan ke Masjid Daerah Barat Daya, Sungai Rusa untuk program ijtimak yang diadakan selama tiga hari sebelum hilang kawalan dan melanggar tiang elektrik lalu  terjunam ke dalam gaung sedalam 10 meter.

Sumber : mStar

Kemalangan Maut di Sungai Buluh,Bapa, menantu maut serentak

SUNGAI BULOH - Seorang wanita tidak menyangka akan kehilangan suami dan menantunya serentak bila kedua-dua lelaki terbabit maut selepas kereta yang mereka naiki merempuh belakang sebuah bas di tepi jalan di Batu 18, Jalan Kundang menghala ke Tasik Biru mengakibatkan Mohd. Riduan Ab. Razak, 32, dan Baharin Puteh, 59, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah selepas tersepit di dalam kereta  Proton Wira.

Mohd. Riduan merupakan anggota polis berpangkat Koperal yang bertugas di Cawangan D8 (Risikan Jenayah) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman manakala Baharin adalah pesara.

Sumber : kosmo

Sunday, May 27, 2012

Kemalangan Maut,Kereta terbalik di KM 26.8 Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP)

Kereta terbalik di LDP, pemandu maut

Seorang lelaki, Kong Nyuk Lin, 40,maut di tempat kejadian akibat tersepit dalam kereta  dan cedera parah di bahagian kepala dalam kemalangan di KM 26.8 Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP)kerana  memandu  laju.di selekoh lebuh raya berdekatan persimpangan lampu isyarat Puchong Perdana..menyebabkan ia  gagal mengawal pemanduan,dan terbabas lalu  melanggar besi pembahagi jalan ,,Keretanya terbalik di lorong kiri lebuh raya.

.Sumber : Sinar harian

Pelangi Tags: Kes Polis, kemalangan Maut, kemalangan di KM 26.8 Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP)

Saturday, May 26, 2012

Mayat bayi dalam periuk

Mayat bayi dalam periuk

Sepasang suami isteri  di Batu Pahat yang panik mencari Bayi mereka ,berusia dua bulan  hilang, terkejut dan bingung bila bayi itu ditemui dalam periuk  dalam kabinet dapur di rumah mereka di Kampung Sri Ladang, Rengit, Jumaat lalu dalam keadaan tidak bernyawa...Bayi itu pada mulanya dibuai oleh ibunya , kemudian meninggalkannya sekejap untuk memasak tapi  bila  kembali ke buaian,semula bayinya dah tiada dalam buai lagi..Puas mencari namun tak ditemui akhirnya membuat laporan polis

Sumber : Sinar  haria

Kemalangan maut di Balik Pulau

 Seorang warga Myanmar terbunuh di tempat kejadian akibat tersepit., 43 yang lain cedera termasuk beberapa mangsa cedera parah bila sebuah bas persiaran yang dalam perjalanan dari Butterworth ke Balik Pulau hilang kawalan lalu terbabas dan,terjatuh ke dalam gaung ketika menuruni bukit..sebelum merempuh tiang elektrik dan terbalik sebelum terhumban ke dalam gaung sedalam kira-kira tujuh meter. semua mangsa warga Myanmar  dalam perjalanan untuk menghadiri satu program di sebuah masjid

Sumber : mStar

Friday, May 25, 2012

Kemalangan Maut Di Kluang

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut bersama ibu dan ibu saudaranya dalam kemalangan di KM70, Jalan Kota Tinggi-Kluang, hari ini.Sharmila Jumadi, 2, ibunya Marlisa Mansor, 25, serta ibu saudaranya, Maryana Mansor, 22, meninggal dunia di tempat kejadian manakala kakaknya Sofea Balqis Jumadi, 4, cedera parah...Kemalangan berhampiran Ladang Tabung Haji itu berlaku kira-kira pukul 10.15 pagi tadi bila kereta Perodua Kancil yang dipandu Marlisa dari arah bandar Kluang menuju arah Bandar Tenggara cuba memotong sebuah kereta Toyota Hilux di depannya.,,Dipercayai wanita berkenaan gagal memotong kenderaan terbabit lalu berlanggar dengan sebuah lori dari arah bertentangan sebelum berpusing dan kemudiannya dilanggar oleh Toyota Hilux yang tidak sempat mengelak.

Pelangi Tags: Kemalangan maut di Kluang, kanak-kanak perempuan maut bersama ibu dan ibu saudaranya, kemalangan di KM70, Jalan Kota Tinggi-Kluang, kemalangan berhampiran Ladang Tabung Haji

Sunday, May 20, 2012

Mayat bayi dalam beg

Mayat bayi dalam beg

20/5/2012

Niat Khairul Azhar ,yang ke kebun,untuk mencari nenas terbantut bila dia ternampak sebuah beg yang diletakkan di bawah pokok mengkudu berhampiran sebuah rumah kosong

.Dia,cuba mengangkat dan mendapati beg agak berat..,tanpa membuka beg dia terus balik kerumah memberitahu penemuan  itu pada keluarganya yang kemudianya  pergi semula tempat tadi untuk memeriksa kandungan beg berkenaan yang kemudiannya menemui mayat seorang bayi lelaki dalam keadaan sempurna, dibalut dengan kain batik dan dibungkus dengan plastik dan disumbat dalam beg

Sumber : Sinar harian

Friday, May 18, 2012

Tinggal di pondok ternak ikan

Ruangan kecil bekas pondok ternakan ikan menjadi tempat berteduh empat sekeluarga berkenaan.

Hidup melarat menyebabkan empat sekeluarga di Kampung Ayer Limau, terpaksa menjadikan pondok konkrit tidak berdinding yang sebelum ini digunakan untuk projek ternakan ikan, sebagai kediaman mereka,dijadikan rumah walau tanpa dinding dan berhampiran semak samun.
cukup untuk berteduh dari panas matahari dan hujan.

Sumber : Sinar  harian

Monday, May 14, 2012

Biegurl diTasik


Dari mana punai melayang
dari mata turun ke hati 
dari mana datang nya sayang
dari mata turun ke hati

Cinta bukan hanya dimata
cinta lahir didalam jiwa 
Biar salah dimata mereka
biar perbezaan terlihat antara kita

Nyiur gading lebat ditangkai
selasih kembang dengan urathya
hujan lebat dapat ku sangkal 
hti yang kasih apa ubatnya

Turutilah batas batas agama 
supay cinta kekal ke syurga

Biegurl tengah merenung jauh ni

ShareThis