Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, December 7, 2012

Wanita nyaris maut pandu kereta ketika mengantuk


KULIM - Seorang wanita berusia 20-an nyaris maut apabila kereta Perodua Myvi dipandunya terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan di Jalan Kilang Lama kira-kira jam 12.30 pagi kelmarin
.Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan bagaimanapun keluar dari kereta dalam keadaan trauma.

Ketua Trafik Kulim, Asisten Superintendan Ismail Ayob berkata, mangsa dipercayai memandu kenderaannya dengan laju tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas.

“Ini merupakan kejadian kedua berlaku di jalan ni. Walaupun jalan ini lurus, tetapi pemandu kereta sering terbabas dan punca utama mengapa ini berlaku adalah mengantuk. Mujurlah mangsa hanya merempuh pembahagi jalan.

"Sekiranya dia merempuh tiang atau pokok yang ada di tepi jalan, mangsa mungkin mengalami kecederaan lebih serius," katanya.

Ahli Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) yang berada di tempat kejadian juga kemudiannya membantu mangsa keluar dari kereta, selain menarik kenderaan mangsa untuk dihantar ke bengkel sebelum dibaik pulih.
Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis