Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Saturday, December 8, 2012

Wanita Besarkan Bayi Perempuan Sebagai Lelaki

Bayi-Perempuan-Sebagai-Lelaki-565x375-300x199

Brazil – Selama dua tahun, seorang wanita membesarkan anaknya sebagai lelaki sejak dilahirkan, tanpa sesiapapun mengetahui mengenainya termasuk bapa budak itu sendiri

.Namun perkara sebenar terbongkar apabila ibu saudaranya yang mengesyaki sesuatu, telah berjaya membuka lampin yang dipakai bayi berkenaan, dan barulah diketahui bahawa dia sebenarnya bayi perempuan.

Tidak diketahui sama ada wanita itu bersama bayinya menetap bersama suaminya atau tidak.

Selepas dilahirkan, wanita itu telah menipu orang ramai bahawa dia telah melahirkan bayi perempuan dan turut memadamkan perkataan `perempuan’ dalam surat kelahiran anaknya dan menggantikannya dengan `lelaki’.

Dia juga berjaya memperdayakan kakitangan di jabatan pendaftaran.

Wanita itu juga menamakan bayinya sebagai Samuel dan memberinya pakaian dan mainan lelaki selain memotong pendek rambut bayi berkenaan.

Namun ketika dia menganjurkan sebuah majlis, ibu saudara bayi berkenaan berpura-pura meminta untuk mendukung bayi itu, dan sebaik sahaja dia mendapat bayi tersebut, dia terus membuat pemeriksaan.

Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati bayi itu adalah bukan bayi lelaki.

Apabila ditanya kepada wanita itu kenapa dia menipu orang ramai, wanita tersebut memaklumkan bahawa dia telah didera ketika kecil.

Justeru dia tidak mahu anaknya menderita sama sepertinya hanya kerana dia budak perempuan.

Dalam pada itu, nenek bayi berkenaan berkata, selama ini dia bermati-matian menyangka cucunya adalah lelaki.

“Saya tidak pernah mengesyaki apa-apa. Bagi saya, dia adalah lelaki.

“Ibu saudaranya yang berasa curiga dengan status jantina Samuel, namun dia tidak memberitahu anggota keluarga yang lain dan membuat pemeriksaan sendiri.

“Perkara ini mengejutkan banyak pihak. Kini saya perlu membiasakan diri bahawa saya tidak mempunyai cucu lelaki, sebaliknya saya mempunyai cucu perempuan,’’ katanya.

Bayi berkenaan kini ditempatkan di rumah anak-anak yatim dan hakim akan mengkaji kes berkenaan sebelum membuat sebarang keputusan.

sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis