Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Thursday, December 6, 2012

Tiga pekerja nyaris kena renjatan elektrik

image (2)

KEPALA BATAS, Penang - Tiga pekerja sebuah syarikat penyelenggara lampu jalan di sini cemas apabila nyaris terkena renjatan elektrik semasa sedang membaiki kerosakan lampu di Kompleks Perniagaan Kailan

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, tiga pekerja terbabit bergegas menjauhi tiang lampu berkenaan sebaik menyedari ia mengalir arus elektrik selepas bahagian atas tiang itu mengeluarkan percikan api dan asap. Seorang pekerja syarikat penyelenggara terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Shahrul berkata, dia dan seorang rakannya bersandar pada tiang lampu itu semasa seorang lagi rakan sekerja membuka kotak fius memeriksa wayar pada tiang berkenaan.
“Tiba-tiba lampu yang terkulai itu jatuh menyebabkan bahagian hujung tiang
berkenaan mengeluarkan api dan asap. Kami terasa renjatan elektrik sebelum menjauhi tiang berkenaan.
“Jika voltan yang dialirkannya tinggi, tentu nasib kami bertiga tidak sebaik ini,” katanya.
Peniaga, Mahmud Saari, 45, yang mempunyai premis perniagaan di hadapan tiang lampu itu berkata, dia menghubungi Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan kerosakan itu selepas terdengar beberapa letupan kecil semasa berada di bawah tiang lampu berkenaan pagi semalam.
“Kehadiran pekerja itu pada mulanya diharap boleh membaiki kerosakan itu, sebaliknya mereka bertiga nyaris maut terkena renjatan elektrik pula

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis