Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Monday, December 17, 2012

Tiga maut kereta rempuh treler

 KOTA TINGGI - Tiga maut dalam kemalangan membabitkan lima buah kenderaan di Kilometer 44, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik berkata, mereka ialah Mohd. Ali Kenid, 51, dari Kampung Felcra Sungai Layau; Abdul Samah Darmawi, 56, dari Felda Kledang dan Siti Noraizah Abdul Wahab, 21, dari Felda Sungai Mas.
Beliau berkata, Mohd. Ali meninggal dunia di tempat kejadian, Abdul Samah ketika dalam perjalanan ke Hospital Kota Tinggi (HKT) manakala Siti Noraizah pula lima jam selepas menerima rawatan di HKT.
"Kemalangan berlaku kira-kira pukul 5 petang apabila lori treler yang dalam perjalanan ke Kota Tinggi telah bergesel dengan sebuah kereta jenis Proton Saga yang dipandu oleh Siti Noraizah yang datang dari arah bertentangan.
"Kejadian itu menyebabkan lori treler berkenaan hilang kawalan lalu masuk ke arah bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Proton Wira yang dipandu oleh Mohd. Ali," katanya ketika dihubungi.
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis