Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Monday, December 24, 2012

Tiga maut kereta rempuh lori

 SETIAWAN - Tiga maut manakala dua cedera parah selepas kereta Perodua Viva yang dinaiki merempuh belakang sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan di Kilometer 25, Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Changkat Chermin semalam.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang, tiga mangsa yang terkorban ialah pemandu kereta, Mohd. Ramli Abdul Wahab, 27, dan dua anak kenalannya, Nur Aleeya Maisara Muhammad Syakir, 6, dan Harith, 5.
Ibu kepada dua kanak-kanak malang itu, Zalikha Kamarulzaman, 26, dan adiknya, Mohamad Syarifuddin, 18, cedera parah di kaki dan kepala.
Tiga lagi beradik iaitu Faizatul Adawiyah Hamdan, 12, Shamil, 11, dan Sofia Amira, 8, yang menumpang kereta tersebut cedera ringan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Ahmad Mad Isa berkata, semasa kemalangan, semua mangsa dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas menghadiri Hari Keluarga Rela di Teluk Senangin, Lumut.

No comments:

Post a Comment

ShareThis