Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, December 7, 2012

Terapung atas bongkah kayu

GEMAS - Misteri mayat terapung yang dilihat seorang penduduk petang Selasa lalu akhirnya terjawab apabila mayat berkenaan turut dilihat oleh pekerja padang ragut Kampung Londah, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, pekerja yang juga penduduk kampung berusia 20-an berhenti sebentar di jambatan berkenaan sebelum meneruskan perjalanan ke tempat kerjanya.

Penduduk kampung yang tidak ingin dikenali berkata, pekerja berkenaan bergegas menghubungi pihak polis dan penduduk kampung lain bagi memaklumkan mengenai penemuan mayat yang dilihat terapung di atas bongkah kayu.

“Sementara menunggu polis tiba, penduduk turut sama menyelusur Sungai Muar berkenaan bagi memastikan mayat dipercayai lelaki itu tidak hilang dan sukar ditemui seperti sebelum ini.

“Malah, penduduk menyelusur sungai berkenaan sejauh satu kilometer sebelum polis tiba dan menunggu bantuan pasukan bomba bagi membawa mayat berkenaan ke daratan sekitar jam 5 petang,” katanya kepada Sinar Harian, dekat sini, semalam.

Sinar Harian semalam melaporkan Mohd Khalid Ismail, 36, yang menjaring ikan di Sungai Londah terkejut apabila melihat mayat terapung 30 meter dari botnya kira-kira 4 petang, Selasa lalu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Tampin, Deputi Superintendan, Mohd Isa Ujang mengesahkan ada menerima laporan berhubung penemuan mayat berkenaan.

"Mayat berkenaan telah dihantar ke Hospital Tampin (HT) untuk proses bedah siasat.

“Oleh itu, sesiapa yang kehilangan ahli keluarga, sedara atau kenalan boleh tampil ke HT bagi proses pengecaman mayat seorang lelaki berbaju kemeja merah kotak-kotak dan berseluar jean warna biru,
Sumber Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis