Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, December 9, 2012

Taufan Bopha beralih arah

du_03.1 (1)

MANILA - Taufan pembunuh yang meragut beratus-ratus nyawa dan menyebabkan puluhan ribu lagi hilang tempat tinggal di selatan Filipina beralih arah dan akan sekali lagi melanda negara Asia Tenggara berkenaan, menurut agensi meteorologi tempatan semalam.

Agensi kaji cuaca tersebut memberi amaran, taufan Bopha diramalkan membadai utara Pulau Luzon hari ini dengan membawa angin kencang selaju 160 kilometer sejam (km/j).

Disifatkan taufan paling dahsyat yang melanda Filipina pada tahun ini, Bopha dijangka membawa hujan lebat ke kawasan tersebut.

"Penduduk di utara Luzon perlu berwaspada," kata pengarah pejabat pertahanan awam, Benito Ramos pada satu sidang akhbar di sini.

Pusat taufan tersebut berada 230 kilometer ke barat bandar Sinait di utara negara itu setakat pukul 4 petang semalam.

Taufan tersebut menghentam pantai timur Pulau Mindanao dengan angin mencecah 210 km/j pada Selasa lalu.

Bencana tersebut menyebabkan sekurang-kurangnya 548 orang terbunuh manakala 500 lagi masih hilang.

Sekitar 212,000 penduduk turut hilang tempat tinggal dalam bencana itu.

Dalam perkembangan berkaitan 4,000 penduduk sekitar pekan Maparat, Mindanao terpaksa makan isi kelapa berikutan bantuan ke kawasan itu masih belum tiba

Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis