Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Saturday, December 8, 2012

Tak sempat tatap jenazah ibu

image

BALAI BESAR, TERENGGANU – “Ketika berada dalam kereta beberapa minit sebelum berlaku kemalangan itu, ibu ada memberitahu saya bahawa dia ingin balik bersama abah, tak sangka pula dia betul-betul pergi

image (1)

,” kata Mohd Ridzwan Badiuzaman, 21, pemandu Honda Civic yang terselamat dalam kemalangan ngeri melibatkan dua kenderaan berdekatan loji air Serdang, pagi kelmarin

Mohd Ridwan yang patah hidung selain cedera di bahagian kepala dan mata berjaya dikeluarkan pasukan penyelamat selepas tersepit di tempat duduk pemandu dalam kereta miliknya yang remuk itu selepas bertembung dengan Proton Wira dari arah bertentangan.
Ridhwan yang baru keluar dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu pagi semalam berkata, dia sama sekali tidak menyangka hasrat ibunya yang diluahkan ketika dalam perjalanan menuju ke Machang, Kelantan sebelum tragedi itu rupanya menjadi kenyataan apabila mangsa benar-benar mengikut jejak arwah bapanya, Badiuzaman Abdullah, 56, yang meninggal tiga tahun lalu akibat penyakit paru-paru.
Ibu berdiam diri
Menurut anak kedua daripada lapan beradik itu, ketika berada di dalam kenderaan, ibunya banyak berdiam diri, namun sekali sekala memberitahu anak lelakinya itu bahawa dia ingin cepat sampai di tempat yang dituju.
“Sekali sekala dia suruh saya cepat, tak sangka rupa-rupanya ajal sudah menunggunya,” kata Ridhwan yang menerima lapan jahitan di bahagian hidung, 10 jahitan di bahagian mata, empat jahitan di kepala selain luka di tangan dan kaki.

Mohd Ridhwan, seorang mekanik di bengkel Batu Lima yang kehilangan ibunya dalam kemalangan tersebut bagaimanapun redha dengan ujian Tuhan terhadapnya.
“Saya cuma terkilan sebab tidak sempat menatap jenazah ibu kerana ketika majlis pengebumian, saya masih dirawat di hospital,” katanya.
Jenazah arwah ibunya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gong Pasir selepas solat Asar, kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.
Kemalangan di Kilometer 12.5 Jalan Bukit Besi-Dungun kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin itu dipercayai berlaku apabila kereta dinaiki tiga sekeluarga termasuk Ridhwan, ibunya Suzlina Ahmad, 40, serta sepupunya, Nurfathika Shamsudin,17, dari arah Dungun menghala ke Bukit Besi dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah Proton Wira dari arah Bukit Besi.
Kemalangan tersebut telah meragut nyawa ibu Ridhwan, Suzlina selain seorang penumpang Proton Wira, Zainun Awang, 50.
Polis masih menyiasat kejadian meragut nyawa dua mangsa itu.
Silap identiti, ahli keluarga cemas
“Sebaik mendapat maklumat ada kereta Honda Civic kuning terbabit kemalangan, saya bergegas ke hospital untuk memastikan apakah benar anak saudara saya yang meninggal dalam kemalangan itu,” kata Aziz Mahmud, 51.
Peneroka Felda itu mendapat maklumat tidak tepat kononnya anak saudaranya maut dalam kemalangan melibatkan sebuah Honda Civic dan Proton Wira yang mengorbankan dua nyawa berdekatan loji air Serdang kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin.
Maklumat awal mengatakan anak saudaranya, Norshatini Zahari, 19, antara salah seorang mangsa kemalangan tersebut menyebabkan Aziz dan ahli keluarga lain bergegas ke hospital bagi mendapat gambaran sebenar kejadian berlaku menimpa pengantin baru yang melangsungkan perkahwinan November lalu.
Namun setelah disahkan pihak hospital bahawa mangsa yang maut itu merupakan individu lain, Aziz dapat menarik nafas lega dan bersyukur pada Tuhan.
Kereta serupa, mangsa seiras
Sementara itu, sepupu Norshatini yang hanya ingin dikenali sebagai Suzani, 38, berkata, dia yang membuat pengecaman mayat di lokasi kejadian pada awalnya menyangka mangsa maut itu merupakan sepupunya.
“Saya terkejut apabila melihat kereta terlibat itu hampir sama dengan kereta milik suami sepupu saya.
“Jadi saya cuba tengok mayatnya, wajahnya seiras dengan Norshatini, tetapi apabila saya pergi ke bilik mayat semula, ternyata yang meninggal itu adalah orang lain,” kata Suzani yang memohon maaf kerana silap mentafsirkan identiti mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu.
Mangsa kemalangan keluar hospital
Sementara itu, Norfathika Shamsudin, 19, salah seorang mangsa yang terlibat dalam nahas itu sudah keluar dari wad, pagi kelmarin.
Norfathika, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Balai Besar yang berada di tempat duduk belakang kereta Honda Civic yang terbabit dalam kemalangan itu hanya cedera ringan dan difahamkan berada semalaman di wad.
Selain Norfthika, sepupunya, Mohd Ridhwan yang memandu kereta berkenaan turut dibenarkan keluar hospital pagi semalam.

Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis