Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, December 16, 2012

Tak sempat beli buku

 LUNAS, Kedah - Harapan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun membeli buku ulang kaji peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak kesampaian apabila mangsa terlibat dalam kemalangan dan mati di tempat kejadian, kelmarin
.Saksi yang berada di tempat kejadian berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 2 petang apabila mangsa yang menunggang motosikal datang dari arah pekan Lunas tiba-tiba merempuh bahagian belakang sebuah kereta.

“Mangsa datang dari arah pekan Lunas menuju ke Kulim. Apabila sampai di selekoh masuk ke Taman Sejahtera, sebuah kereta dipandu seorang guru dilihat memberikan lampu isyarat untuk membelok.

“Bagaimanapun mangsa yang menunggang motosikal dengan laju tidak dapat mengelak terus merempuh kereta terlibat. Akibat rempuhan kuat, mangsa terperosok dan maut di tempat kejadian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Trafik Daerah Kulim, Asisten Superintendan Ismail Ayob mengesahkan kejadian dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.

Menurutnya, pihaknya menasihatkan semua penunggang motosikal dan pemandu kereta supaya lebih berhati-hati apabila hendak membelok masuk ke mana-mana lorong atau taman perumahan kerana kebanyakan kenderaan yang menggunakan jalan utama dari Lunas menghala ke Jalan Kilang lama sering dipandu laju.

“Sehingga kini, lebih lima kemalangan maut dilaporkan berlaku di sekitar kawasan tempat kejadian dan semua ini melibatkan kecuaian pemandu kereta dan penunggang motosikal.

“Ada dalam kalangan mereka yang terlibat dalam kemalangan jalan raya berpunca dari penggunaan telefon bimbit ketika memandu atau menunggang motosikal. Singkir tabiat buruk ini dan saya percaya lebih banyak nyawa dapat diselamatkan pada masa akan datang,”
Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis