Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Saturday, December 22, 2012

Staf RTM maut di Lebuhraya Connaught, tengah

 KUALA LUMPUR - Seorang kakitangan Bahagian Teknikal Unit Berita Televisyen Radio Televisyen Malaysia (RTM) maut selepas keretanya bertembung dengan kenderaan lain di Lebuhraya Connaught, tengah malam semalam.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 12.50 malam itu, mangsa, Zainah Md Sharif, 46, maut di tempat kejadian selepas  cedera teruk pada bahagian kepalanya.

Zainah yang memandu kereta jenis Myvi dari arah Mid Valley menghala Cheras gagal mengelak kereta Honda CRV yang dipercayai dipandu laju dan hilang kawalan serta melanggar pengadang sebelum terbabas ke laluan bertentangan.

Perlanggaran tersebut menyebabkan kenderaan mangsa terbalik dan terseret sejauh beberapa meter.

Turut terlibat dalam kemalangan tersebut adalah dua buah kenderaan lain iaitu sebuah Myvi dan Proton Wira yang berada di belakang kereta mangsa.

  mayat Zainah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.pemandu Honda CRV dan kenderaan lain yang terlibat hanya mengcedera ringan.
Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis