Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Monday, December 3, 2012

Sekumpulan lembu mengamuk

image (2)

ALOR GAJAH - Tiga sekeluarga terpaksa berkurung hampir dua jam dalam bilik selepas terdengar bunyi bising di luar rumah yang disangkakan perompak sebelum menyedari sekumpulan lembu mengamuk di Kampung Padang Kemunting, Tanjung Bidara,, awal pagi semalam

.Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, Rasol Ahmad, 46, bersama isteri, Norliza Wil, 42, dan anak tunggal mereka, Mohd Fakrullah, 4, tidur dalam bilik sebelum terdengar bunyi mendengus dan benda pecah di hadapan rumah.
Rasol berkata, semasa terjaga dari tidur dia menyangka rumahnya dimasuki perompak berikutan terdengar bunyi benda jatuh lalu mengejutkan isteri di sebelah. Namun mereka hanya mendiamkan diri kerana bimbang keselamatan keluarganya.
“Saya sekeluarga hanya berdiam diri dalam bilik dan ketika itu terdengar bunyi beberapa pasu bunga pecah, meja dan kerusi yang diletak di anjung rumah diterbalikkan hingga anak yang sedang lena pun terjaga.
“Kami tidak mampu bersuara dan terpaksa menutup lampu bilik hinggalah terdengar bunyi azan Subuh kemudian saya beranikan diri keluar dari bilik dan hanya mengintai dari tingkap dalam rumah,” katanya.
Menurutnya, dia terkejut sebaik membuka pintu rumah kira-kira jam 7 pagi mendapati sekumpulan 12 ekor lembu dewasa menggeledah bahagian depan rumah dan sebahagiannya sedang menyondol pagar kawat duri rumahnya sehingga rebah.
“Lima ekor lembu sedang menyondol pagar rumah saya sementara lembu lain menggeledah segala peralatan di luar rumah serta melanggar semua peralatan sehingga habis barangan bersepah.
“Saya beranikan diri keluar rumah dan menghalau semua lembu yang sedang menyondol pagar rumah saya tetapi keadaan menjadi  sebaliknya apabila beberapa ekor lembu itu berpaling semula ke arah saya dan mengamuk sambil mengejar saya.
“Saya lari lintang-pukang masuk ke dalam rumah dan menutup pintu hadapan sambil memanggil isteri yang turut menjengah dari tingkap dapur melihat kumpulan lembu sedang rosakkan tanaman belakang rumah,” katanya.
Rasol berkata, dia terpaksa menghalau sekumpulan lembu yang merosakkan tanaman sayuran di belakang rumahnya hanya melalui tingkap  dapur sebelum ke depan rumah menghalau sebahagian lembu lagi.
“Setelah keadaan reda, saya keluar semula dan merakam sekumpulan lembu yang mengganas tadi sebelum menghalau serta membunyikan hon kereta sambil meninjau keadaan sekeliling rumah.
“Siapa yang tidak bengang bila melihat keadaan sama berulang lagi dan ini adalah kali keempat kejadian lembu yang diibarat tidak bertuan ini mengganas dalam kawasan rumah saya yang berpagar hingga merosakkan banyak harta benda.
“Apa yang menghairankan saya di mana pemiliknya kerana mereka hanya tahu menjual dagingnya sahaja tanpa perlu menjaga haiwan peliharaan hingga meranapkan harta benda penduduk yang lain,” katanya lagi.
Bimbang kejadian sama berulang, Rasol ditemani isteri membuat laporan di Balai Polis Masjid Tanah, di sini, pada jam 8.05 pagi dan berharap tindakan ke atas pemilik lembu berkenaan dapat diambil dengan segera.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan lanjut akan dijalankan sebelum kes dirujuk kepada pihak berkaitan.

Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis