Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Monday, December 17, 2012

Sarjan, Konstabel Nyaris Maut di Kilometer 34.5, Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan

nyaris-maut

MARANG – Dua anggota polis berpangkat sarjan dan konstabel dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang, nyaris maut setelah kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan di Kilometer 34.5, Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan di Serating semalam.

Kejadian kira-kira jam 8.50 pagi itu berlaku ketika mangsa yang menaiki Perodua Viva sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu ke Kuantan, sebelum merempuh sebuah kereta jenis Proton Satria yang datang dari arah bertentangan.

Difahamkan, kedua-dua anggota polis terbabit dalam perjalanan ke Balai Polis Merchang.

Punca kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Proton Satria berada di laluan Perodua Viva menyebabkan dua kereta itu bertembung dan mengakibatkan cermin kereta pecah, serta bahagian hadapan kedua-dua kenderaan itu remuk teruk.

Pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Marang yang menerima panggilan mengenai kemalangan itu, segera menghantar sebuah jentera bersama tujuh anggota ke tempat kejadian, bagaimanapun mangsa telah dikeluarkan orang awam.

Akibat kemalangan itu, anggota polis berpangkat konstabel mengalami patah paha kiri dan cedera di muka, manakala sarjan yang memandu Perodua Viva itu pula mengalami kecederaan di dahi serta sakit di bahagian dada akibat pertembungan tersebut.

Dalam pada itu, tiga lagi mangsa menaiki Proton Satria masih belum dikenal pasti identiti dan status kecederaan telah menerima rawatan di klinik kesihatan berdekatan, sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu berkata, kes masih dalam siasatan dan kedua-dua anggota polis itu kini dirawat di HSNZ Kuala Terengganu.

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis