Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Saturday, December 8, 2012

Saki-baki Geng Mamak

ne_06.1
AMPANG JAYA - Lima penjenayah yang diberkas selepas merempuh sekatan jalan di Water Front City, Ampang kelmarin disyaki saki-baki ahli sindiket mencuri kereta profesional bergelar Geng Mamak
Andaian itu dibuat selepas polis menemui beberapa keping nombor pendaftaran kereta palsu, walkie-talkie, pedang samurai, gari dan sehelai baju mempunyai logo Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah.
Peralatan itu sama dengan modus operandi digunakan oleh Geng Mamak untuk mencuri kereta, samun dan pecah rumah yang pernah ditumpaskan polis dengan menahan ketuanya, Mohd. Yusof Abu Bakar, 46, bersama 39 anggota asalnya pada 2005.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut mengenai sejauh mana kaitan lima penjenayah berusia antara 23 hingga 48 tahun itu dengan geng tersebut.
"Semalam, salah seorang daripada lima suspek itu cedera akibat terkena tembakan. Dia dikehendaki berhubung kes pecah rumah di Kota Damansara, Selangor dan mempunyai enam rekod jenayah.
"Empat lagi rakannya juga mempunyai pelbagai rekod jenayah berkaitan samun bersenjata dan curi kereta di Lembah Klang dan Pahang," katanya pada sidang akhbar di sini.
Semalam Kosmo! melaporkan lima penjenayah menaiki sebuah kereta Mercedes ditahan polis selepas dikejar sejauh empat kilometer pada pukul 11.20 pagi di Taman Megah 1, Ampang di sini. Sebelum itu, mereka telah merempuh satu sekatan jalan di Water Front City.
Ketika mengejar, polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan hingga mengakibatkan kereta itu terbabas di sebuah rumah di taman tersebut. Semakan mendapati kereta itu dicuri pada 2009.
Menurut Tun Hissan, salah satu tembakan itu mengenai bahu pemandu kereta tersebut manakala empat yang lain tidak cedera.
Sehubungan itu, polis meminta orang awam yang pernah menjadi mangsa penjenayah yang menyamar sebagai penjawat awam dengan memakai baju berlogo CUEPACS supaya tampil membuat laporan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.








No comments:

Post a Comment

ShareThis