Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Tuesday, December 4, 2012

RapidKuantan untuk bantu rakyat

ne_13.1

KUANTAN - Kerajaan komited untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih selesa untuk rakyat walaupun menyedari ia bukanlah satu perniagaan yang menguntungkan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, ia dibuat semata-mata untuk membantu rakyat menikmati sistem pengangkutan awam yang lebih cekap.

"RapidKuantan yang disediakan ini adalah ilham Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semata-mata untuk rakyat walaupun ada laluan yang tidak begitu menguntungkan seperti Laluan Tiga dari arah Kompleks Mahkamah ke Semambu sementara Laluan Satu (Gambang ke Terminal Makmur) dan Laluan Dua (Indera Mahkota ke Teluk Chempedak) hanya mampu menampung kos operasi.

"Namun, kerajaan sangat komited untuk membantu rakyat dan kerajaan negeri memberi kerjasama penuh bagi menjayakan RapidKuantan," katanya selepas melancarkan operasi bas RapidKuantan di Terminal Makmur di sini semalam.

Turut hadirPengarah Urusan Syarikat Prasarana Negara Berhad, Datuk Shahril Mokhtar.

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis