Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Monday, December 10, 2012

Presiden Pakistan lawat Malala ditembak Taliban


melawat aktivis remaja, Malala Yousafzai yang sedang dirawat akibat ditembak di kepala oleh lelaki bersenjata Taliban dua bulan lalu,  semalam.
Presiden turut bertemu dengan keluarga Malala di Hospital Queen Elizabeth.

Malala telah ditembak di kepala semasa dalam perjalanannya ke rumah dari sekolah bersama dua rakan sekelasnya di Lembah Swat Oktober lalu.

Presiden Pakistan juga menggambarkan Malala sebagai gadis luar biasa dan sebagai satu kelebihan buat Pakistan.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Universiti Birmingham berkata, presiden melawat hospital untuk mengetahui keadaan terkini dan melihat proses pemulihan Malala.

Pihak hospital menambah, kedatangan presiden itu diiringi anak perempuannya, Asifa Bhutto dan mereka juga sempat bertemu doktor yang merawat Malala sejak 15 Oktober lalu.

“Mereka turut diterangkan mengenai kemajuan tahap kesihatan gadis berusia 15 tahun itu dan pelan rawatan masa depan oleh pengarah perubatan, Dr Dave Rosser,” tambah kenyataan itu dipetik BBC.

Presiden Zardari dan Asifa Bhutto juga sempat berbual pendek selama lima minit dengan Malala, bapanya, Ziaudin dan abangnya, Khushal Khan.
Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis