Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Thursday, December 6, 2012

Posmen nyaris dihempap pokok

image (3)

KEPALA BATAS -Tindakan seorang posmen yang bergegas keluar dari kereta untuk ke bilik air berjaya menyelamatkan dirinya dari mengalami kecederaan apabila kereta yang ditinggalkan dihempap sebatang pokok, awal pagi semalam

.Muhammad Ridhuwan Jamaludin, 27, berkata, kejadian pada jam 7.50 pagi itu berlaku di tempat kerjanya di pekarangan Pejabat Pos Malaysia Berhad cawangan Kepala Batas.
“Sebaik saja sampai, saya meletakkan kereta Proton Wira kesayangan di tepi bangunan Pejabat Pos ini dan bergegas keluar ke bilik air.
“Semasa berada di dalam bilik air, saya terdengar bunyi deruman seperti angin dan terkejut apabila rakan datang memaklumkan kereta saya rosak dihempap pokok sena yang tiba-tiba tumbang,” katanya.
Bapa kepada seorang anak berusia lapan tahun itu berkata, dia bergegas keluar dan terkejut melihat keretanya rosak dihempap pokok berusia puluhan tahun itu.
“Kejadian itu menyebabkan saya sukar untuk berulang-alik dari rumah di Sungai Petani ke sini kerana kereta itu satu-satunya kenderaan yang saya miliki.
“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana sempat keluar dari kereta sebelum dihempap pokok itu, jika tidak tak tahulah bagaimana nasib saya,” katanya.
Muhammad Ridhuwan berkata, dia menganggarkan sebanyak RM5,000 diperlukan untuk membaiki keretanya berikutan sebahagian besar bahagian hadapan, cermin kereta dan bumbung keretanya rosak teruk.
Menurutnya, pokok sena itu didapati patah pada bahagian perdunya disebabkan tiupan angin kencang yang melanda daerah ini beberapa hari lalu.

Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis