Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Tuesday, December 4, 2012

Petani remaja dipatuk ular

image (5)

TANJUNG PIANDANG - Seorang petani kini sedang bertarung nyawa di Hospital Besar Teluk Intan sejak tiga hari lalu setelah kaki kirinya dipatuk haiwan berbisa dipercayai ular tedung selar dalam kejadian petang Jumaat lalu.

Mangsa, Muhammad Zahid Yahaya, 20, difahamkan pergi berseorangan ke sawah bapanya untuk menyembur racun lebih kurang jam 5.30 petang sebelum dikatakan terpijak ular yang sedang 'melingkar' di kawasan itu.
Abang mangsa, Zaili Yahaya, 32, berkata,  semasa berjalan di atas batas padi, adiknya terpijak ular yang bertindak mematuk bahagian ibu jari kaki kanan mangsa.
Menurutnya, terkejut dengan kejadian itu, adiknya menggagahkan diri berlari ke rumah yang terletak sejauh 300 meter dari lokasi kejadian dengan mesin meracun lalang yang masih digalasnya.
“Kami terdengar suara orang menjerit meminta tolong dan apabila dia sampai di hadapan pintu rumah, adik saya terus tidak sedarkan diri dan rebah di hadapan saya,” katanya sewaktu ditemui media di rumahnya, di sini ,semalam.

Panik dengan kejadian itu, Zaili mengarahkan adiknya, Muhammad Zairim, 15, menghantar abangnya ke Klinik Kesihatan Tanjung Piandang dengan menaiki motosikal.
Jelasnya, apabila tiba di klinik itu, pegawai klinik bertindak menghantar adiknya ke Hospital Parit Buntar dengan segera untuk ditempatkan dalam unit rawatan rapi.
“Bagaimanapun, petugas di hospital itu memberitahu adik saya terpaksa dihantar ke Hospital Teluk Intan pada hari yang sama untuk rawatan selanjutnya.
“Doktor mengesahkan keadaan adik saya kini masih kritikal walaupun dia kini berkeadaan sedar dan pihak hospital kini dalam proses menghentikan pergerakan bisa ular berkenaan daripada bergerak ke seluruh badan

Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis