Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Saturday, December 8, 2012

Perogol besiri dituduh lagi

image (3)

KOTA BHARU – Ketika sedang menjalani penjara 28 tahun dan 13 sebatan membabitkan jenayah rogol dan curi yang dilakukan, seorang pekerja sebuah syarikat kosmetik dituduh lagi.

Kali ini, Amran Che Jaafar, 30, yang beralamat di Kampung Sungai Perupok, Bachok dituduh merogol seorang pelajar sebuah kolej di sini.
Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa merogol mangsa yang berusia 20 tahun itu di Jalan Maktab Perguruan Simpang Tiga, Pengkalan Chepa, pada jam 8.45 pagi, 23 Februari 2011.
Pada prosiding semalam, tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah. Susulan pengakuan itu, Hakim Azman Mustapha menetapkan sebutan semula pada 3 Januari depan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nur Hilwani Mat Rifin.
Dalam perkembangan sama, tertuduh berdepan dakwaan melakukan pecah rumah dan mencuri dua telefon berserta pengecasnya di Kampung Dusun, Jalan Bayam, jam 8.10 pagi, 21 Ogos tahun sama. Dia juga mengaku tidak bersalah pada tuduhan itu.

Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis