Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, December 23, 2012

Penyamun nekad tembak, peniaga nyaris maut

 IPOH – Seorang peniaga nyaris maut ditembak selain kehilangan kenderaan pacuan empat rodanya selepas disamun seorang lelaki yang berpura-pura bertanyakan sesuatu berhampiran kedai makan di Taman Mewah dekat Bercham semalam
.
 Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Chong, 30, berkata, ketika kejadian, dia berseorangan dan sedang menunggu rakannya berhampiran kedai makan sebelum didatangi suspek.

“Suspek menghampiri saya tanpa mengesyaki apa-apa sebab beliau tidak menutup muka dan sejurus sampai beliau arah menyerahkan wang dan kenderaan saya. Saya tergamam dan beritahu tidak membawa wang selain memberi alasan kunci kenderaan berada dalam kereta.
“Suspek kemudian mengugut dan mula memukul saya kerana saya enggan menyerahkan wang dan kereta serta pada ketika itu saya nekad mempertahankan diri,” katanya kepada pemberita ketika ditemui.

Chong berkata, dia terkejut apabila suspek mengacukan pistol kepadanya dan panik apabila suspek melepaskan tembakan.

“Saya terus tergamam apabila suspek mengacukan pistol sebelum cuba melepaskan tembakan dan setelah dua kali menekan pistol berkenaan, saya terdengar satu das tembakan dilepaskan.

“Saya kemudiannya bersembunyi di sebalik peralatan dapur kedai terbabit dan mujurlah tembakan itu hanya mengena cermin peralatan berkenaan,” katanya lagi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Anuar Othman ketika ditemui di lokasi kejadian berkata, kes samun membabitkan dua suspek berusia 30-an.

“Siasatan awal mendapati ia dilakukan oleh dua suspek dan seorang lagi suspek menaiki kereta Proton Waja sebelum berjaya melarikan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux berwarna kelabu milik mangsa.

“Polis yang dimaklumkan mengenai kejadian itu bertindak mengesan suspek yang dipercayai melarikan diri ke Jalan Kuala Kangsar sebelum gagal dikesan.

“Usaha mengesan suspek sedang dijalankan dengan bantuan unit peronda MPV polis. Siasatan membabitkan kes berkenaan masih diteruskan,” katanya.

Anuar berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kes berkenaan mempunyai kaitan dengan beberapa kejadian membabitkan curi kenderaan di bandar raya itu sebelum ini.

“Sehingga kini belum ada sebarang tangkapan dilakukan
Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis