Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, December 7, 2012

Peniaga besi buruk mati ditembak

image

GOMBAK - Seorang peniaga besi buruk mati ditembak ketika sedang minum bersama rakannya di sebuah warung berhampiran dengan sebuah kilang simen di Batu Caves

awal pagi tadi.
Ketika kejadian kira-kira jam 12.30 pagi itu, dipercayai seorang lelaki yang memakai topeng ski melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa, M Siva Murugesan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata, mangsa yang berusia 32 tahun itu dihantar ke Hospital Selayang dengan bantuan rakannya, namun mangsa disahkan meninggal dunia.

"Pemeriksaan doktor mendapati kesan tembakan di dada, perut dan kedua- dua lengan," katanya.
Rosly berkata, rakan mangsa memaklumkan, lelaki yang melepaskan tembakan itu berpakaian kemeja T warna putih belang biru, berseluar jeans warna biru serta berkulit gelap dan berbadan tegap.
"Lelaki itu dipercayai datang dari arah belakang warung yang dalam keadaan gelap, sebelum melepaskan tembakan ke arah mangsa," katanya.
Menurutnya, saksi menyatakan terdengar tiga das tembakan, namun pihaknya tidak menemui kelongsong peluru di lokasi kejadian.

Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis