Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Monday, December 24, 2012

Penghormatan Negara Untuk Keng Yaik

PETALING JAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi persetujuan supaya upacara penghormatan negara diberi kepada Tun Dr Lim Keng Yaik sebelum mayatnya dibakar pada Rabu ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata keputusan itu dibuat berikutan sumbangan besar mendiang Dr Lim kepada Parti Gerakan dan negara.
“Pihak keluarga Dr Lim dan Parti Gerakan amat berbesar hati dengan keputusan Perdana Menteri untuk memberi penghormatan negara kepada seorang tokoh negara,” kata Koh yang juga merupakan Presiden Parti Gerakan.
Ketika ditemui di kediaman Dr Lim di Tropicana Golf and Country Resort, Damansara di sini hari ini, Koh berkata upacara penghormatan negara itu akan diuruskan oleh Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri.
Dr Lim meninggal dunia pada 5.13 petang semalam pada usia 73 tahun. Beliau meninggalkan isteri Toh Puan Wong Yoon Chuan dan tiga anak.
Sementara itu dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, Koh berkata sepanjang memegang jawatan Presiden Gerakan, Dr Lim berupaya memperluaskan pengaruh politik parti dan berjaya mengubahnya menjadi sebuah parti kebangsaan.
“Semua anggota dan petugas Gerakan berasa amat sedih dengan pemergian Tun Dr Lim Keng Yaik. Kematian beliau merupakan kehilangan besar kepada negara dan parti,” katanya.

Semasa Dr Lim menjadi Menteri Perusahaan Utama, Koh berkata mendiang Dr Lim berusaha keras untuk mempromosi produk industri utama Malaysia, terutamanya minyak sawit, ke pasaran antarabangsa. Dr Lim turut memberi sumbangan yang sangat bermakna kepada negara, termasuk penubuhan Universiti Terbuka Wawasan.
“Saya menggesa semua rakan dalam Gerakan dan masyarakat Malaysia daripada segenap lapisan untuk mencontohi kesetiaan tidak berbelah bahagi Tun Dr Lim dalam memberi khidmat kepada negara serta rakyat,”
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis