Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Saturday, December 8, 2012

Penduduk teruja dapat sentuh bahan mentah kilang Lynas Artikel Penuh:

ne_02.1

KUANTAN - Kira-kira 50 penduduk dan pengamal media di sini tidak menyangka mereka akhirnya dapat menyentuh sendiri bahan mentah lanthanide concentrate yang diproses untuk dijadikan nadir bumi tanpa sebarang kesan bahaya sebagaimana dihebohkan pembangkang

Lebih menakjubkan, mereka menyentuh bahan mentah tersebut tanpa sarung tangan ketika pengurusan kilang Lynas Advanced Material Plant (LAMP) Gebeng di sini mengadakan demonstrasi risiko radiasi bahan mentah tersebut semalam.

Semasa sesi itu, Penasihat Keselamatan Radiologi Lynas, Profesor Dr. Ismail Bahari menunjukkan aras sinaran dan risiko radiologi bahan mentah tersebut yang rendah berbanding bahan-bahan lain.

Nadir bumi merupakan bahan utama yang digunakan untuk membuat bateri, peralatan aeroangkasa, konduktor bersuhu tinggi, penapis gelombang mikro, kaca refleksi tinggi, penyimpanan hidrogen, lensa kamera dan pelbagai lagi.

Kosmo

No comments:

Post a Comment

ShareThis