Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Tuesday, December 11, 2012

Pasangan warga emas maut


BACHOK – Pasangan warga emas maut apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung sebuah pacuan empat roda ketika dalam perjalanan ke rumah saudara mereka dekat sini pada jam 10.30 malam kelmarin
.Pemandu kereta kancil, Ibrahim Husin, 63, bersama isterinya, Siti Mas Mohamad, 65, dikatakan dalam perjalanan dari rumah mereka di Kampung Changgai, Pasir Puteh, menuju ke rumah saudara mereka di Pantai Senak.
Ketika melalui selekoh berhadapan Masjid Mahmudi, Bachok, kereta mangsa dikatakan memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah pacuan empat roda dari arah Kampung Tok Burung.
Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian dada akibat rempuhan tersebut. Manakala pemandu pacuan empat roda tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mayat mangsa  kemudiannya dibawa ke hospital di Kubang Kerian untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh keluarga mangsa untuk dikebumikan.
Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintenden Ab Rahim Che Ghani yang dihubungi mengesahkan kes tersebut dan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 41 1987.
Manakala menurut anak mangsa ketika ditemui di hospital, Mohd Rudin Ibrahim, 39, berkata, ibu bapanya sering berkunjung ke rumah mereka di Kemasin hampir dua minggu sekali untuk berjumpa cucu-cucunya.
“Biasanya mereka datang siang dan tidak pernah datang malam. Namun kali ini mereka datang malam. Kami tidak perasan apa-apa perubahan terhadap mereka, tetapi sudah ajal mereka dan kami reda.
"Kali terakhir kami jumpa ibu dan ayah ialah dua minggu lalu ketika mereka datang ke rumah kami,” kata anak ketiga dari sembilan beradik ini
.Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis