Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Wednesday, December 12, 2012

Padah curi pintu pagar besi rumah rakan

 KUALA TERENGGANU – Seorang buruh tergamak mencabut pintu pagar besi rumah rakannya sendiri dan menjualnya di sebuah kedai besi buruk dengan harga RM200
.
Bagaimanapun, perbuatan tertuduh, Ahmad Redza Mohamad, 31, dari Tanah Lot Perpindahan Chendering, di sini, menerima pembalasan apabila dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Majistret Noradila Ab Latif turut mengarahkan tertuduh dipenjarakan sebulan jika gagal menjelaskan denda berkenaan.
Ahmad Redza mengaku salah mencuri pintu pagar besi di halaman rumah Shaiful Rizal Mansor, 34, di Jalan Mawar 16, Taman Permint Jaya, Chendering, di sini, kira-kira jam 6 petang pada 25 November lalu.
Dia didakwa di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau keduaduanya sekali jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor L Rathna, manakala Ahmad Redza tidak diwakili peguam.
Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, mangsa yang bekerja sebagai pemandu pulang ke rumahnya sebelum mendapati Ahmad Redza yang dikenali dengan panggilan Dogol sedang mengambil pintu pagar besi hadapan rumahnya.
Mangsa memanggil Dogol bagaimanapun tidak diendahkan dan bertindak melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal jenis Honda Ex5 sambil membawa pintu pagar besi itu.
Bagaimanapun, pada 27 November lalu, kira-kira jam 9 pagi, mangsa ternampak Dogol melintas di hadapan rumahnya dan segera mengejarnya untuk mendapatkan semula pintu pagar besi itu.
Sejurus mengetahui dirinya diekori, Dogol melarikan diri sebelum berjaya ditangkap di hadapan kedai sate Jalan Kampung Batu Enam, Chendering, di sini.
Namun, Dogol bertindak kasar dengan cuba mencederakan mangsa menggunakan topi keledar dipakainya, menyebabkan mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Chendering
Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis