Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Saturday, December 8, 2012

Padah belasah jiran hingga cedera

image (5)

KUALA TERENGGANU - Seorang jurujual dijatuhi hukuman penjara 14 hari oleh Mahkamah Majistret,, semalam, apabila mengaku bersalah dengan sengaja mencederakan jirannya dalam kejadian pada 1 Disember lalu.

Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd Azwan Ismail, 34, mengaku bersalah dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa, Zakira Mat Junoh, 35.
Dia mengaku melakukan perbuatan itu bersama seorang rakannya yang masih bebas di hadapan bengkel Ahmad Bin Osman, Kampung Telok Ketapang, Seberang Takir, di sini, pada 1 Disember lalu lebih kurang jam 10.40 malam.
Mohd Azwan mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau dengan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda manakala Mohd Azwan tidak diwakili peguam.
Berdasarkan fakta kes, semasa kejadian, mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berada di hadapan bengkel Ahmad Bin Osman sebelum didatangi tertuduh bersama seorang lagi rakan.
Tertuduh telah menarik mangsa agar keluar dari bengkel berkenaan namun mangsa enggan sebelum tertuduh bersama rakannya bertindak kasar menarik baju mangsa sehingga koyak.
Seterusnya, rakan tertuduh yang masih bebas itu membelasah mangsa menggunakan topi keledar manakala tertuduh turut melakukan perbuatan sama dengan menggunakan kaki dan tangan.
Mangsa cuba menyelamatkan diri sebelum mencapai sebatang kayu dan bertindak memukul tertuduh sebelum mereka mengalah dan beredar dari lokasi berkenaan.
Susulan laporan polis dibuat mangsa sejurus selepas kejadian, pada 3 Disember lalu tertuduh yang memiliki dua rekod lampau jenayah dadah ditangkap di kediamannya manakala rakannya yang masih bebas kini diburu.

Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis