Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Saturday, December 15, 2012

Nyaris maut kereta terbalik langgar tiang di Jalan Salor-Pasir Mas

 KOTA BHARU - Pantang maut sebelum ajal! Walaupun sebuah kereta remuk teruk dipercayai terbabas sebelum terbalik selepas merempuh sebuah tiang elektrik, namun pemandu dan penumpangnya hanya mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan, dalam kejadian di Jalan Salor-Pasir Mas,tengah hari semalam.
Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 12 tengah hari itu melibatkan, sebuah kereta Proton Wira Aeroback yang dipercayai dinaiki empat mangsa terbalik dengan keempat-empat tayar ke atas.

Menurut salah seorang saksi kejadian, Wan Yusuf Wan Isa, 56, pada mulanya dia terdengar bunyi dentuman kuat sebelum melihat kereta terbabit terbalik berhampiran kedai makan miliknya.

“Saya mendengar mangsa meraung kesakitan dan segera bertindak menghubungi ambulans.

“Saya tidak berani untuk melihat dengan lebih dekat dan terus menghubungi ambulans untuk membawa mangsa ke hospital,” katanya.

Wan Yusuf berkata, dia turut terdengar mangsa menjerit kesakitan dan turut terdengar tangisan kanak-kanak di dalam kenderaan berkenaan.

“Kemalangan seperti ini bukan kali pertama berlaku di kawasan itu malah beberapa kali kejadian sama berlaku termasuk kemalangan maut.

“Memang sebelum ini sudah beberapa kali kemalangan berlaku di sini hingga kehilangan nyawa,” katanya. Wan Yusuf berkata, bagaimanapun dia amat bersyukur apabila kereta terbabit tidak terus merempuh premis makanannya yang terletak hanya beberapa meter dari tempat kejadian, kerana tersangkut pada wayar elektrik di kawasan itu.
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis