Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Tuesday, December 4, 2012

Niat murni bapa bertukar tragedi

image

KOTA BHARU - Niat murni seorang bapa memberi pendedahan fardu ain bertukar tragedi apabila menerima khabar kematian anak lelakinya selepas lemas ketika mandi di Pantai Senak , kelmarin

.Ramli Isnin, 53, berkata, anak bongsu daripada lapan beradik itu dihantar mengikuti program di masjid berhampiran rumah mereka sebagai mengisi masa lapang sempena cuti sekolah.
“Pengajian tersebut selama tiga minggu, dan akan berakhir 6 Disember nanti,” katanya kepada media ketika ditemui di Klinik Kesihatan Balai, Bachok, di sini, kelmarin.
Ramli berkata, kali terakhir dia berjumpa Mohamad Fikri yang juga pelajar Sekolah Kebangsaan Langgar Khamis lalu, sebelum anaknya menyuarakan hasrat untuk pulang ke rumah.
“Saya nasihatkan agar menghabiskan program tersebut tambahan ia hanya berbaki seminggu, dia akur,” katanya.
Menurutnya, dia hanya mengetahui Mohamad Fikri dibawa ke lokasi kejadian selepas mendapat panggilan daripada rakannya memaklumkan kejadian itu kira- kira jam 4 petang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Ab Rahim Che Ghani ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Menurutnya mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II untuk bedah siasat sebelum disahkan meninggal dunia akibat lemas.
Mohamad Fikri antara 21 pelajar yang sedang mengikuti Kem Motivasi Solat, Program Penghayatan al- Quran dan Sunah di Masjid Pasir Lada, Pasir Hor bermula 18 November hingga 6 Disember dikebumikan di Tanah Perkuburan Paya Senang, Telipot malam kelmarin.
Manakala, tiga lagi rakannya yang nyaris lemas dalam kejadian itu, Muhammad Noriman Mat Fadzli, 15, dihantar ke HRPZ II, selain Mohd Faiz Abdul Majid, 13, dan Ahmad Mohd Syed, 12, dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia untuk rawatan lanjut kini dilaporkan stabil.

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis