Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Monday, December 3, 2012

Nenek, cucu kempunan roti canai

ne_07.1

PENDANG – Hajat dua beradik kembar untuk menikmati roti canai bersama nenek tidak kesampaian apabila dua daripada mereka maut dirempuh sebuah kereta yang terbabas di Batu 13 3/4, Kampung Kobah semalam.

Kemalangan pukul 8 pagi itu berlaku ketika tiga sekeluarga itu berjalan berpimpin tangan ke warung roti canai yang terletak 300 meter dari rumah mereka.

Sejurus tiga sekeluarga itu tiba berhampiran warung tersebut, mereka tiba-tiba dirempuh sebuah kereta Proton Wira Aeroback yang dipandu remaja lelaki berusia 17 tahun.

Turut dirempuh kereta yang dipercayai dipandu laju itu ialah 10 buah motosikal di depan warung tersebut. Kereta itu turut dinaiki seorang gadis berusia 17 tahun. Bagaimanapun, pasangan itu tidak cedera.

Dua mangsa yang terbunuh ialah Munah Ismail, 64, dan cucunya, Syahrul Fitri Shahrul Anuar, 5. Kakak kembar Syahrul, Nurul Fitrah cedera parah di kepala manakala seorang lelaki yang berada di atas motosikal, Mhd. Jailani Abd. Rahman, 43, patah kaki kiri. Difahamkan Syahrul yang berjalan di sebelah kanan neneknya terperosok ke bawah kereta manakala Munah yang berjalan di tengah tercampak sejauh 10 meter.

Nurul Fitrah pula terpelanting dan terjatuh ke dalam lopak berair di tepi jalan di situ.

Kosmo

No comments:

Post a Comment

ShareThis