Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Tuesday, December 4, 2012

Nelayan jumpa bom lama

image (4)

PORT DICKSON – Sebutir bom yang ditemui seorang nelayan, petang kelmarin, berjaya dimusnahkan Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan, kira-kira 10.45 pagi semalam

.Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, bom berkenaan dikenal pasti dari jenis Air Dropped yang dipercayai digunakan pada 1948.
“Bom berkenaan kemudiannya dimusnahkan dengan meletupkannya di kawasan paya bakau berhampiran kawasan penemuan," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Abd Wahab berkata, bom berkenaan ditemui seorang nelayan dikenali sebagai Hashim Kapi di sebuah kawasan lapang berhampiran Jeti Bot Penambang Bukit Pelandok, kira-kira 6.25 petang, kelmarin.

“Menurut maklumat yang diberikan, Hashim menemui objek berkenaan sejak dua minggu lalu, namun tidak menyangka ia sebenarnya iasebutir bom.

“Laporan kemudiannya dibuat dan kita terpaksa mengepung serta membuat kawalan di kawasan berkenaan sehingga bom berjaya dialih untuk dimusnahkan pagi tadi (semalam),

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis