Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, December 7, 2012

Motosikal terbabas, bertembung van di Jalan Kelemak, berdekatan Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah


ALOR GAJAH  – Seorang remaja maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah van di Jalan Kelemak, berdekatan Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, 
Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, motosikal jenis Honda EX5 ditunggangi mangsa, K.Ramachandran, 20, dari arah pekan Alor Gajah ke Lendu, hilang kawalan dan terbabas, lalu memasuki laluan bertentangan.

Motosikalnya kemudian bertembung dengan sebuah van dari arah bertentangan yang dipandu seorang lelaki berusia 57 tahun.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian motosikal ditunggang mangsa terhuyung-hayang sehingga memasuki laluan bertentangan.

“Motosikalnya terus merempuh bahagian tengah van berkenaan sebelum terjatuh.

“Pemandu van berkenaan cuba memaut stereng ke kiri untuk mengelak dari terus merempuh motosikal yang ditunggang mangsa, namun gagal,” katanya kepada Sinar Harian, di sini kelmarin.

Akibat pertembungan kuat itu, katanya, tayar hadapan motosikal mangsa tercabut dan tersangkut pada besi hadapan van yang dipandu seorang peniaga dalam perjalanan ke rumah di Kampung Paku, di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian.
Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis