Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Saturday, December 8, 2012

Mayat wanita dengan kesan tikaman ditemui di dalam parit

images (42)

SANDAKAN - Mayat seorang wanita dengan kesan tikaman ditemui di dalam parit di depan sebuah bengkel membaiki motosikal di Batu 3 hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan Supt Fadzil Mohd Ali berkata mayat wanita berkenaan dikenali sebagai Arwidah Misran, 19, warga Filipina ditemui oleh orang awam.
Katanya polis dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu pada 6.55 pagi dan pemeriksaan di tempat kejadian mendapati terdapat tujuh kesan tikaman pada badan mangsa yang lengkap dengan pakaian.
Menurutnya turut dijumpai di lokasi kejadian ialah beg tangan milik mangsa antaranya mengandungi kad pengenalan diri IMM13, jam tangan dan wang tunai.
"Polis mengklafikasikan ia sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,"

Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis