Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Saturday, December 15, 2012

Mayat Dua Beradik Lemas Ditemui

 KUALA LUMPUR – Mayat dua beradik yang hilang ketika memancing di Sungai Langat dekat Kampung Bukit Raya, Hulu Langat pada Rabu lepas, ditemui hari ini
.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Ariff Mohamed Kassim berkata mayat Mohammad Tarmizi Azhari, 13, ditemui pada 7.46 pagi kira-kira satu kilometer dari tempat dia dan abangnya, Mohammad Syawal, 17, dipercayai lemas.
“Mayat Mohammad Syawal ditemui di kawasan loji pembersihan air Syabas kira-kira 15 minit kemudian oleh pasukan pencari dan penyelamat,” katanya kepada Bernama melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Dalam kejadian itu, kedua-dua remaja berkenaan dilaporkan pergi memancing bersama sekumpulan rakan pada kira-kira 4 petang.
Mohammad Tarmizi menghadapi kesukaran ketika mandi menyebabkan Mohammad Syawal yang ketika itu sedang memancing, terjun ke sungai untuk membantu tetapi kedua-duanya dibawa arus deras.
sumber : 

No comments:

Post a Comment

ShareThis