Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Thursday, December 20, 2012

Mayat bayi tanpa tangan

 SEREMBAN – Manusia tidak berhati perut!

Itu yang boleh digambarkan terhadap individu yang sanggup membuang bayinya sendiri sehingga mati di Tapak Pelupusan Sampah Pajam  kelmarin.
Lebih menyayat hati, mayat bayi yang ditemui oleh salah seorang pekerja di situ dalam keadaan pergelangan tangan kanannya putus.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, bayi yang dipercayai berusia seminggu dan mempunyai anggaran berat dua kilogram itu, dijumpai kira-kira jam 3 petang di dalam longgokan sampah di kawasan berkenaan.

Katanya, kejadian disedari oleh salah seorang pekerja yang ketika itu sedang membersihkan kawasan pelupusan sampah berkenaan.

“Kita percaya bayi tersebut telah dibuang ke dalam tong sampah di suatu kawasan lain, dan kemudian baru ditemui di tempat pelupusan sampah ini.

“Hasil bedah siasat yang dilakukan kita tidak mengetahui punca sebenar kematian kerana ianya tidak berjaya ditemui.

“Begitu pun kes akan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan (KK) kerana menyembunyikan kelahiran,” katanya.

Sementara itu, menurut saksi kejadian, Fauzi Tukijo, 45, pada mulanya dia menyangka bahawa bayi tersebut adalah anak patung.

Namun, apabila dia meneliti bungkusan tersebut, rupa-rupanya adalah mayat seorang bayi.

“Semasa sedang meratakan kawasan pelupusan sampah ini dengan menggunakan jentolak, tiba-tiba jentolak itu tidak bergerak.

“Lalu saya melihat di bahagian bawah dan mendapati sebuah bungkusan yang dibaluti dengan kemeja hitam berada di bawah jentolak tersebut.

“Sebaik sahaja membuka bungkusan itu, saya amat terkejut melihat seorang bayi perempuan yang cukup sifat tidak bernyawa lagi dan segera mengalihkannya sebelum menghubungi polis,
Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis