Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Tuesday, December 4, 2012

Maut rempuh trak PGA

ne_06.1

BAGAN SERAI - Seorang lelaki Bangladesh maut selepas kenderaan dinaiki bersama dua yang lain merempuh sebuah trak Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kilometer 197.2, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berdekatan Kawasan Rehat dan Rawat Gunung Semanggol semalam

Kejadian pukul 8.30 pagi itu mengakibatkan pekerja sebuah syarikat peralatan telekomunikasi dari Puchong, Selangor, Mohamad Saone, 30-an, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Kemalangan berlaku apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Edix dinaiki mangsa dan dipandu seorang lelaki tempatan dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh belakang kanan trak terbabit.

Akibat rempuhan itu, trak PGA berkenaan terbabas sebelum melanggar penghadang lebuh raya sebelum terhumban dan terbalik di longkang tepi lebuh raya berkenaan.

Enam anggota polis dari unit Senoi Praaq, Batalion PGA 3, Bidor yang menaiki trak itu cedera ringan.

Difahamkan, sebelum kejadian, trak tersebut sedang berkonvoi dari Bidor ke Wang Kelian, Perlis bagi mengikuti satu latihan bersama 11 trak PGA lain dan enam kenderaan pacuan empat roda jenis Land Rover.

Kosmo

No comments:

Post a Comment

ShareThis