Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, December 23, 2012

Maut rempuh tiang lampu


GEORGETOWN - Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabas ke bahu jalan dan melanggar tiang lampu di dekat Jalan Lembah Permai 3, Tanjung Bungah,i, kira-kira jam 3.38 petang semalam.
Mangsa yang berusia 48 tahun mati di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan dada.

Menurut sumber polis, sebelum kejadian mangsa yang memandu dari kawasan Lembah Permai menuju Tanjung Bungah didapati gagal mengawal keretanya sebelum ia terbabas ke tepi jalan lalu merempuh tiang elektrik.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa terlibat dalam satu lagi kemalangan jalan raya. Dia dikatakan melanggar sebuah kereta, lalu cuba melarikan diri dengan memecut kereta yang dinaikinya.

Pemilik kenderaan dilanggar difahamkan membuat laporan polis, petang semalam, berdasarkan nombor plat kereta yang dipandu mangsa.
Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis