Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Tuesday, December 11, 2012

Maut kereta terbabas

 KUANTAN - Seorang lelaki maut selepas kereta yang dinaikinya terbabas di Kilometer 5 Jalan Temerloh-Mentakab, pagi kelmarin.

Dalam nahas kira-kira jam 5.10 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Damo Tuajin, 52, dari Kampung Batu Satu, Jalan Mentakab, Temerloh,  maut sebaik tiba di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas).
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, ketika kejadian, kereta jenis Proton Wira yang dipandu mangsa dalam perjalanan dari Mentakab menghala keTemerloh.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa gagal mengawal kenderaan menyebabkan kereta yang dipandu terbabas lalu melanggar pagar dan batu pemisah jalan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuantan, semalam.
Fauzi berkata, dua lagi mangsa yang terlibat, Abdul Raziq Zharfan Zulkeply, 16, dan Kamaruzaman Abdullah, 22, hanya mengalami cedera ringan dan mendapat rawatan di Hoshas.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku di jalan dua lorong sehala dan berselekoh, keadaan cuaca baik dan jalan kering serta lampu jalan terang.
Sumber  : Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis