Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, December 9, 2012

Maut digilis lori pasir

image (7)

MENTAKAB – Seorang warga emas maut digilis lori pasir dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah lori di persimpangan Taman Bukit Bendera,, jam 9.25 pagi semalam

.Mangsa, Jamaludin Ibrahim, 65, ketika kejadian menunggang motosikal cuba naik ke jalan utama yang kedudukannya lebih tinggi dari bahu jalan tetapi malangnya dia terjatuh.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Pemangku Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, lori pasir terbabit datang dari arah Karak menuju ke Taman Bukit Bendera.
Menurutnya, setibanya di tempat kejadian, pemandu lori, V Sagar, 47, terdengar satu bunyi kuat dari belakang lori lalu memberhentikan kenderaannya serta merta.
“Pemandu lori kemudian melihat seorang lelaki terbaring berhampiran motosikalnya dalam keadaan berlumuran darah,” katanya.
Abdul Aziz berkata, pemeriksaan polis mendapati mangsa yang tinggal di Jalan Saga 3, Taman Saga, Mentakab, mengalami cedera parah di kepala lalu meninggal dunia di tempat kejadian.
Beliau berkata, polis menahan pemandu lori pasir terbabit untuk diambil keterangan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Abdul Aziz menasihati warga emas yang menunggang motosikal lebih berhati-hati kerana faktor usia banyak membatasi pergerakan mereka ketika di jalan raya.

Sinar

No comments:

Post a Comment

ShareThis